‘Mr So dah ada perjanjian dengan MBI sebelum saya jadi MB’

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan hanya mengetahui lelaki terbabit sebagai So Loi Fat selepas ditunjukkan gambar berkenaan hari ini

9:12 PM MYT

 

KUALA KEDAH – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengakui pernah bergambar dengan seorang lelaki warga China dikenali ‘Mr So’ ketika majlis sambutan Aidilfitri kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau memaklumkan, hanya mengetahui lelaki terbabit sebagai So Loi Fat selepas ditunjukkan gambar berkenaan hari ini.

“Saya bergambar dengan ramai orang, yang bujang, perempuan semua ada, tadi (dalam program) ramai tangkap (ambil) gambar, sayakan popular.

“Ini gambar Mr So (seperti didedah Menteri Dalam Negeri) semasa hari raya rasanya. Ada orang tunjuk kepada saya tadi. Baru saya tahu dialah So Loi Fat.

“Saya tahu dia ini Mr So sahaja. Dia tak boleh cakap BI (Bahasa Inggeris), tak boleh cakap BM (Bahasa Malaysia), dia bawa penterjemah nama dia Mandy (ketika itu),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Sembang Santai Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan di sini, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang medianya hari ini mendedahkan bukti terbaharu isu kecurian unsur nadir bumi (REE) termasuk gambar Sanusi bersama seorang warga China yang dikaitkan dengan kegiatan berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) berkata, gambar individu yang dipercayai So Loi Fat itu adalah salah seorang daripada dua pekerja mahir yang dibawa masuk Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah.

Selain itu, Saifuddin turut mendedahkan dokumen permohonan Pas Lawatan Ikhtisas yang dipohon dan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Muhammad Sobri Osman.

Mengulas lanjut, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, menerusi penterjemahnya, Mr So memaklumkan sudah membelanjakan RM30 juta termasuk menyediakan pelbagai persiapan bagi menjalankan aktiviti perlombongan REE.

Namun Sanusi mendakwa, perjanjian antara sebuah syarikat itu bersama MBI berkaitan kegiatan melombong REE dibuat sebelum beliau menjawat jawatan Menteri Besar.

“Menerusi penterjemah, dia (Mr So) cerita pada saya sudah beri kepada MBI sebelum ini. Dia habis RM30 juta, macam-macam dia buat persiapan, dah ada perjanjian dengan MBI sebelum saya masuk pejabat Menteri Besar.

“Jadi saya kata teruskan sahaja, buatlah apa nak buat, namun pastikan ikut undang-undang,” katanya.

Tambah Sanusi, Mr So juga pernah datang ke pejabatnya bersama seorang peguam yang dikenali sebagai ‘Izhar’ yang didakwanya turut mempunyai hubungan baik dengan Saifuddin.

“Mereka berdua itu (Izhar dan Saifuddin) pernah bekerjasama ketika berada dalam Sekretariat Pakatan Harapan, dan merupakan rakan kerjasama. Mereka buat kerja jadi penasihat kepada syarikat Mr So.

“Lepas itu peguam Izhar ini datang pula dengan Datuk Fathul Bahri iaitu bekas Exco Pemuda Umno kerana dia adalah pengerusi syarikat Mr So. Aktiviti syarikat ini belum berjalan sebab belum dapat lesen melombong kerana Kementerian Sumber Asli tidak ada prosedur operasi standard (SOP) REE lagi,” katanya.

Beliau turut mendakwa kejadian curi REE itu membabitkan orang lain dan semua itu diketahui Saifuddin.

“Ini semua Saifuddin tahu, dia saja lontar untuk saya jawab. Itu saya tak ada jawapan (siapa yang curi) sebab itu hasil siasatan agensi penguatkuasa yang tak didedahkan kepada saya.

“Dia (Saifuddin) ambil apa yang (sedang) disiasat (kemudian) dedahkan, (lepas itu) suruh kita jawab, mana kita tahu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Sanusi menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif kepada MBI Kedah sehingga mengetahui seluruh perjalanan operasi projek.

Ini termasuk kedudukan dua warga China yang dibawa masuk ke negara ini oleh MBI Kedah untuk melakukan kerja meneroka REE di Bukit Enggang, Sik seperti dipersoal Saifuddin. – 1 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related