Jalaluddin wajar jadi MB Negeri Sembilan, bukan Aminuddin: Peja

Ia bukan sekadar ‘hadiah’ kerana Umno memenangi kerusi terbanyak pada PRN di negeri itu, malah menunjukkan semangat perpaduan dicanangkan PH, BN

8:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan harus berlapang dada untuk memberikan jawatan Menteri Besar disandang pemimpin PKR sebelum ini kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tidak sewajarnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilantik ke jawatan itu semula kerana gabungan berkenaan memenangi kurang kerusi, berbanding Umno pada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Keputusan itu juga menyaksikan ia berpihak kepada Umno dan sewajarnya Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Negeri Sembilan yang menyaksikan Umno mendapat kerusi terbanyak, (namun) tewas teruk di lima negeri lain. Ahli Umno tentu berasa kecewa. Seharusnya PH perlu berlapang dada dengan memberikan kerusi Menteri Besar kepada Jalaluddin atas kejayaan mereka (di Negeri Sembilan),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malah, Faizal berpandangan, semangat perpaduan seperti dicanangkan PH dan Barisan Nasional (BN), mampu direalisasikan jika cadangannya itu dilaksanakan gabungan berkenaan.

“Jangan pula ahli Umno dan penyokongnya dikecewakan sekali lagi. Undi Umno dapat PKR dan DAP. Saya ucapkan tahniah kepada Jalaluddin, semoga beliau terpilih sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PN Negeri Sembilan meluahkan kegembiraan apabila gabungannya memperoleh sokongan lebih kuat daripada rakyat pada PRN di enam negeri.

“Pilihan raya di enam negeri ini berlangsung dengan baik. Alhamdulillah, rakyat dapat meneruskan kehidupan dan proses demokrasi dijalankan dengan baik. PN mendapat keputusan yang baik. Terima kasih atas segala sokongan,” katanya.

PRN di Negeri Sembilan semalam menyaksikan kerjasama PH dan BN menang 31 daripada 36 kerusi dipertandingkan, dengan DAP menyapu bersih kesemua 11 kerusi ditandinginya, iaitu Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Lukut serta Repah.

PKR pula memenangi lima kerusi, iaitu Sikamat, Pilah, Sri Tanjung, Ampangan dan Chuah, namun terlepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, manakala Amanah yang bertanding di Klawang serta Paroi hanya mampu mempertahankan kerusi DUN Klawang.

BN mengekalkan kedudukan di 14 daripada 17 kerusi ditandingi, termasuk mempertahankan DUN Lenggeng, iaitu kerusi dimenangi Amanah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Manakala, PN menang di Labu, Paroi, Bagan Pinang, Gemas dan Serting.

Untuk rekod, Jalaluddin pernah menjadi ADUN Klawang dari 2004 hingga 2008 dan berpengalaman sebagai EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Pengerusi UDA Holdings serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related