Bernas nafi jual campuran beras plastik, jamin beras import adalah tulen

Agensi itu turut memberi jaminan beras import yang dibekalkannya adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai

5:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Padiberas Nasional Bhd (Bernas) menafikan dakwaan terdapat campuran beras plastik dalam produknya susulan penularan mesej berantai di media sosial yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

Bernas turut memberi jaminan beras import yang dibekalkannya adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.

“Bernas sentiasa memastikan tahap pematuhan piawaian yang tinggi dan pemantauan kualiti yang ketat di setiap peringkat perolehan bekalan beras import dan tempatan.

“Semua jenis beras import yang dibawa masuk ke dalam negara perlu melalui syarat ketat dan proses pemeriksaan kualiti yang rapi bermula di negara pembekal sehinggalah sampai ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syarikat berkenaan turut menambah bahawa bekalan beras yang dibawa masuk ke negara ini turut dibekalkan dengan sijil pengesahan kualiti dan spesifikasi yang dipantau rapi yang ditetapkan oleh kerajaan, bertujuan mencegah sebarang bentuk penyelewengan yang tidak diingini.

Sehubungan itu, Bernas menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Bernas tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan tuduhan tidak berasas untuk menjatuhkan reputasi kami,’’ kata kenyataan tersebut. – 6 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

Related