Gara-gara politik, Gana akui bimbang filem terbarunya Curry Mee diboikot

S. Gana Pragasam tidak faham mengapa ramai yang mempersoalkan penyertaan bersama PN

7:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR
– Gara-gara bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, S. Gana Pragasam mendedahkan ada segelintir pihak cuba memboikot filem terbitan terbaharunya, Curry Mee, yang bakal dilancarkan November ini.

Gana yang mewakili Perikatan Nasional (PN), sudah sekian lama menceburkan diri dalam industri perfileman dan politik berkata, tindakan untuk memboikot filem yang diterbitkan di bawah syarikat produksi miliknya iaitu GV Media Broadcast itu membuatkan dirinya sedikit bimbang.

“Mereka mahu boikot filem itu kerana penglibatan saya bersama PN. Saya tidak faham kenapa orang mahu kaitkan kerjaya profesional saya dalam bidang seni dengan politik. Ia adalah dua perkara yang berbeza.

“Seorang doktor boleh jadi ahli politik. Begitu juga dengan peguam dan ahli perniagaan. Bahkan, seorang gangster pun boleh jadi ahli politik. Semua orang boleh. Kenapa golongan artis tidak boleh? Sedangkan di dalam filem yang kita terbitkan atau kita lakonankan, kita banyak menyelitkan tentang isu melibatkan masyarakat.

“Sekarang ini, saya benar-benar mahu mengangkat isu-isu ini kaum tetapi sekarang ini, bila saya dah masuk bertanding, mereka perlekehkan pula dengan mengatakan, bolehkah saya menang dan saya pasti akan kehilangan deposit,” katanya kepada Scoop.

Gana bagaimanapun tidak memahami kerana ramai yang mempersoalkan penyertaannya dalam PN.

“Ramai bertanya kenapa saya memilih parti Melayu. Saya sendiri tidak faham kenapa saya ditanyakan soalan begitu. Kenapa tidak? Apa masalahnya kalau saya menyertai parti ini? Kita harus terima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Melayu. Walaupun kita hidup berbilang bangsa dan agama, kita kena sentiasa bertoleransi dan tidak perlulah bersikap rasis.

“Pernahkah anda dengar masyarakat Melayu di Kelantan membakar kuil? Pernahkan anda dengar mereka sentuh isu tentang agama lain? Tidak, kan? Tapi, kalau segelintir pihak mahu menjadikan penyertaan saya di dalam PN ini sebagai suatu isu, terserah mereka,” tegasnya.

Mengenai pencalonannnya sebagai wakil PN bagi kawasan Subang Jaya, Gana bercita-cita membangunkan Subang Jaya sebagai hab perniagaan dan pada masa yang sama menjadi kawasan yang memiliki kualiti hidup sihat.

Beliau juga mahu menaik taraf infrastruktur di Subang Jaya supaya isu kesesakan jalan raya dapat dikurangkan selain mencantikkan lagi kawasan pangsapuri di situ supaya ia kelihatan lebih rapi dan bersih.

Mengenai lawannya Michelle Ng Mei Sze yang mewakili PH, Gana akui kawasan Subang Jaya adalah kubu kuat PH namun beliau percaya PN juga mempunyai peluang untuk meraih undi.

“Menang atau kalah, biarlah masyarakat setempat yang menentukannya. Tapi, saya percaya PN juga mempunyai peluang untuk meraih undi. Apa yang penting, kita harus memahami keperluan masyarakat di sana dan menggunakan pendekatan yang relevan untuk mendekati mereka,” katanya. – 1 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related