Populariti sahaja tidak cukup jika tak bawa manfaat kepada rakyat: Khizri

'Populariti yang dicipta itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada rakyat di Sik terutamanya di Jeneri'

2:56 PM MYT

 

SIK – Tiada gunanya jika seseorang pemimpin itu popular tetapi tidak membawa sebarang pembangunan dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat di kawasan diwakilinya dan juga negeri.

Demikian pendapat dilontarkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim terhadap populariti lawannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah iaitu Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Populariti dia (Sanusi) ini adalah satu benda yang dianggap sudah dirancang kerana gelombang golongan muda yang terlampau taksub kepada media sosial. Hakikatnya populariti yang dicipta itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada rakyat di Sik terutamanya di Jeneri.

“Bolehkah dia tunjuk kepada kita sepanjang tiga tahun setengah dia menjadi Menteri Besar, apa yang dia sudah buat di Sik? Sedangkan dalam sektor pendidikan sekalipun kita dalam daerah Sik ini adalah antara yang tercorot di Malaysia,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin Sanusi seharusnya lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya mengejar populariti untuk agenda peribadi.

Khizri turut mempersoalkan usaha yang dilakukan khususnya bagi golongan muda, petani, nelayan dan pekebun kecil getah, di saat Kedah ketika ini berstatus sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian Sik itu beranggapan biarlah seseorang pemimpin itu tidak begitu popular namun mampu mengotakan apa yang dijanji dan memberi kesan kepada rakyat dan negeri.

Katanya, beliau yakin pengundi di negeri ini dapat melihat sendiri inisiatif-inisiatif yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Perpaduan yang mula membuahkan hasil positif.

Justeru, beliau percaya sokongan rakyat di Kedah sudah mula berubah ditambah dengan kerjasama yang dijalinkan oleh BN dan Pakatan Harapan (PH) dan tidak mustahil beliau mampu mengejutkan Sanusi pada hari pengundian, 12 Ogos ini.

Kerusi DUN Jeneri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Khizri dan Sanusi yang juga penyandang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Sanusi menang dengan majoriti 2,455 selepas memperoleh 10,626 undi menewaskan calon BN, Mahadzir Abdul Hamid dan Mohd Nazri Abu Hassan dari PH. – 1 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related