Fahmi sanggah fitnah berkempen di masjid, sedia beri kerjasama kepada Jais

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap penyebar fitnah

1:19 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menyanggah dan kecewa dengan fitnah yang dilemparkan kononnya beliau berkempen di masjid, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sedia memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekiranya diperlukan.

“Insya-Allah sekiranya dipanggil, saya sedia untuk tampil,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada program Hari Sektor Awam Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping gambar Fahmi dengan dakwaan beliau berucap mengenai isu politik di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Menzahirkan kekesalan dengan tindakan pihak yang cuba mempolitikkan hal berkenaan, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap penyebar fitnah.  

Semalam, media melaporkan JAIS telah menerima aduan berhubung perkara tersebut dan memanggil nazir masjid itu bagi mendapatkan keterangan.

Fahmi berkata beliau telah memberi penjelasan di laman sosial Facebook dan Twitter bahawa beliau dijemput oleh ahli jawatankuasa masjid berkenaan untuk menjelaskan mengenai punca pengharaman kumpulan muzik The 1975 dan pembatalan konsert Good Vibes Festival.

“TIADA langsung sentuh isu lain,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Pada 22 Julai lepas, kerajaan telah mengeluarkan arahan pembatalan konsert itu di Litar Antarabangsa Sepang susulan perbuatan jelik dan kurang sopan vokalis The 1975, Matty Healy, ketika melakukan persembahan. – 1 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related