All the best Malaysia! Inilah masa terbaik untuk rakyat terjemahkan di atas kertas undi: Ellie

Ellie Suriaty turut mempersoalkan mekanisme yang digunapakai Kerajaan Perpaduan dalam soal peningkatan kualiti hidup rakyat

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon berkaliber, Ellie Suriaty Omar berpendapat kemajuan ekonomi dan arah tuju negara dalam tempoh enam hingga tujuh bulan ini masih belum jelas dalam semua sektor termasuk perindustrian.

Justeru dia berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu Ogos ini adalah satu perkara yang amat penting.

“Kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 ke atas, terutama sekali yang tidak pernah mengundi sebelum ini, ia adalah masa terbaik untuk menterjemahkannya di atas kertas undi.

“Apa yang kita lihat setakat ini, hanya penjawat awam yang terdiri daripada badan-badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan sahaja yang berfungsi. Tapi, kalau kita memandang atau menilai keadaan rakyat dari golongan B40 dan M40, rata-rata status ekonomi mereka agak terjejas.

“Atas sebab itu, tidak hairanlah jika jurang ekonomi B40 dan M40 hendak disatukan kerana situasi golongan M40 juga sudah hampir sama dengan B40,” katanya kepada Scoop.

Anak seni yang cukup lantang membicarakan isu politik semasa ini turut mempersoalkan tentang mekanisme yang digunapakai Kerajaan Perpaduan dalam soal peningkatan kualiti kehidupan rakyat.

“Walaupun ada beberapa insiatif telah dilakukan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub seperti memperkenalkan Menu Rahmah atau Harga Rahmah, namun ia tetap tidak membantu dari sudut peningkatan kualiti hidup rakyat secara ekonomi.

“Kos sara hidup memang menjadi isu utama dan ia masih tidak dapat ditangani dengan jayanya. Kita juga tidak dapat melihat apa tawaran ekonomi yang dilakukan pihak pemerintah untuk memperbaiki kualiti hidup rakyat setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Apa bentuk mekanisme yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat dalam soal peningkatan ekonomi rakyat? Apa yang kita lihat sekarang ini, pemerintah seolah-olah kekurangan idea,” katanya.

Ellie turut berharap agar larangan mengenai 3R (agama, bangsa dan institusi raja) tidak menjadi satu propaganda semata-mata.

“Pemimpin harus menilai semua perkara yang bersangkut paut tentang isu 3R. Bagaimana ia tidak disentuh, jika 3R itu sendiri adalah sebahagian daripada dasar Rukun Negara. Tapi, pada waktu yang sama, kita harus melihat 3R itu dalam nuansa yang positif.

“Tapi kalau pemimpin politik menggunakan propaganda 3R atas alasan untuk membidas, ia tidak ada kaitan dengan rakyat.

“Jadi, terpulang kepada pengundi bagaimana mahu menterjemahkan di PRN di enam negeri ini. Akhir kata, all the best Malaysia. Keluarlah mengundi. Semoga Malaysia kembali makmur!,” katanya. – 31 Julai, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

No hiding behind proxies, Asia Mobiliti founder says

Ramachandran Muniandy defends firm's transparent governance, rejecting allegations of secrecy or hidden agendas

Related