Pejabat Sultan Perak lapor polis mengenai video 2013 yang ditular konon sokong PAS

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak sama sekali memihak dan jauh sekali daripada memberikan sokongan secara terbuka kepada mana-mana kumpulan politik

1:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pejabat Sultan Perak telah membuat laporan polis terhadap satu klip video yang telah mengaitkan dan mengheret Sultan Nazrin Muizzuddin Shah demi tujuan politik kepartian.

Menurut Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, video tersebut yang ditularkan oleh seorang wanita, hanya memuatnaik satu bahagian kecil titah Sultan Nazrin yang menyentuh mengenai PAS pada 19 Februari 2013, di Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Zahidi berkata, titah ucapan baginda adalah bertema ‘Perpaduan Ummah: Harapan, Realiti dan Cabaran’ dengan analisis melibatkan dua parti politik terbesar Melayu iaitu Umno dan PAS, yang merupakan dua kuasa politik Melayu yang dominan ketika itu.

Baginda, katanya, yang pada masa itu adalah Pemangku Raja Perak tidak hanya menzahirkan kata-kata positif terhadap PAS (pada tahun 2013) tetapi secara seimbang turut menzahirkan kupasan yang sama terhadap Umno.

“Cara klip video itu diolah, telah mengaitkan dan mengheret secara langsung atau tidak langsung kedudukan seorang Raja Pemerintah untuk tujuan politik kepartian.

“Melalui kenyataan media in, ditegaskan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak sama sekali memihak dan jauh sekali daripada memberikan sokongan secara terbuka kepada mana-mana kumpulan politik.

“Perbuatan menularkan video yang berkaitan sangat tidak beretika dan perbuatan seperti ini disifatkan tidak bersopan kepada seorang raja pemerintah dan telah mencemarkan nama baik takhta. Oleh itu penularan video yang berkaitan wajib dihentikan,’’ katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Mohd Zahidi, titah baginda itu mengandungi 7,500 patah perkataan dan mengambil masa selama 90 minit semasa dizahirkan sedangkan bahagian yang memuji PAS hanyalah petikan pendek, begitu juga pujian terhadap Umno.

Malah kandungan titah tersebut, katanya sarat menghuraikan sejarah parti-parti Melayu itu demi kebaikan bangsa serta negara, pentingnya untuk ummah mencari jalan menjalinkan persefahaman dan kerjasama meskipun memilih pendekatan politik yang berbeza.

“Baginda memberikan ulasan seimbang antara dua parti politik Melayu tersebut dan turut menzahirkan peringatan kepada kedua-dua pihak agar keghairahan mendapatkan sokongan politik dan kuasa jangan sampai memecah belahkan bangsa serta memusnahkan negara.

“Namun adalah dipercayai ada pihak yang memilih memetik titah Sultan Nazrin Shah pada 2013 untuk ditularkan semula dengan tujuan mahu mempengaruhi pengundi agar menyokong parti PAS dalam suasana menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri pada 12 Ogos ini

Justeru, ingin ditegas Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak sama sekali memihak dan jauh sekali memberikan sokongan secara terbuka kepada mana-mana kumpulan politik. – 31 Julai, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Nak jadi influencer kena ada ilmu, karier tidak kekal kerana populariti boleh lenyap ditelan zaman

Menurut Ryzal Ibrahim, pendidikan sangat penting kerana ia akan membentuk keperibadian seseorang tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan yang diceburi

Related