Asrama tahfiz terbakar, 20 pelajar selamat

Semua pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran yang menyebabkan bangunan asrama itu musnah 70 peratus

9:51 AM MYT

 


SHAH ALAM – Sebuah asrama sekolah tahfiz yang menempatkan 20 pelajar lelaki di Kampung Medan, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Bagaimanapun kesemua pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun itu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut yang menyebabkan bangunan asrama itu musnah 70 peratus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada 12.03 tengah malam tadi.

Beliau berkata seramai 18 anggota termasuk pegawai telah digerakkan ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 12.54 tengah malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah asrama lelaki berkeluasan 20×70 kaki persegi, jenis bangunan struktur terbuka kelas A dan tidak melibatkan mangsa. 

“Semasa kejadian, terdapat 20 penghuni yang telah bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan. – 31 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related