Altimet anggap pihak perlekeh penggiat seni cebur politik sebagai tidak faham demokrasi

Orang-orang industri hiburan dulu sering dicemuh kerana dikatakan tidak mahu ambil tahu dan tidak prihatin hal politik

4:55 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Syed Ahmad Alhadad atau Altimet yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kesal apabila masih ada pihak yang memperlekehkan penglibatan penggiat seni dalam bidang politik.

Beliau yang juga penyanyi rap berkata pihak berkenaan tidak memahami demokrasi dan tidak mahu orang seni memimpin atau terlibat dalam proses berkenaan selain menganggap penggiat seni ini bukan sebahagian daripada rakyat.

“Padahal mereka juga bergantung kepada industri kreatif dari sudut sumber hiburan serta sumber media dan maklumat. Orang-orang industri hiburan dulu sering dicemuh kerana dikatakan tidak mahu ambil tahu, tidak prihatin atau tidak mahu mencakna tentang hal-hal berkaitan dengan politik.

“Sekarang bila ada orang-orang industri kreatif yang celik politik, aktif politik, yang cakna politik, kena kecam juga. Jadi, masyarakat kadang-kadang menghantar signal yang mengelirukan kami. Apapun, saya tetap berpegang prinsip politik negara kita iaitu demokrasi yang berkepimpinan,” katanya kepada Scoop.

Altimet bertanding di kerusi DUN Lembah Jaya pada PRN Selangor mewakili Pakatan Harapan (PH) dan akan berdepan dengan Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Selain Altimet, penggiat seni yang pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini adalah Datuk Seri Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Datuk Aishah dan Dayangku Intan.

Dalam pada itu, Altimet yang menyandang jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Ampang juga berazam untuk berkhidmat dengan sebaik mungkin terhadap penduduk Lembah Jaya dengan mempergiatkan lagi usaha untuk menangani beberapa isu yang masih membelenggu penduduk setempat.

“Kita sebenarnya dah tahu beberapa isu yang rakyat di sini seperti infrastruktur dan bekalan air yang terputus. Insha-Allah kita akan cuba tambah baik. Lembah Jaya ini sebenarnya sudah dibangunkan dan sudah baik.

“Cuma kita mahu ia jadi lebih baik. Jadi saya rasa kalau kita semua sama-sama fokus jadikan Lembah Jaya ini lebih baik, sudah tentu lembah ini boleh berjaya bersama,” katanya lagi.

“Saya tidak boleh lantik diri saya. Yang lantik saya dan jadi majikan saya adalah orang-orang di Lembah Jaya” – Gambar Facebook Syed Ahmad Altimet, 29 Julai, 2023

Altimet turut menyampaikan pesanan ringkas untuk penduduk Lembah Jaya:

“Saya menawarkan diri untuk memberikan khidmat kepada anda semua. Saya ingin bekerja untuk kamu semua. Keputusan itu adalah berdasarkan undian anda semua. Saya tidak boleh lantik diri saya. Yang lantik saya dan jadi majikan saya adalah orang-orang di Lembah Jaya,” ucapnya dengan ringkas dan padat.

Mengenai lawannya, Sharifah Haslizah, Altimet berkata mereka berjanji untuk berkempen secara berhemah. – 29 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

Ferrari sues Malaysian energy drink firm over alleged logo trademark infringement

Supercar manufacturer claims image of two horses used by drink company resembles its iconic horse emblem

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related