Enam kali tewas, Izat Bukhary tidak putus asa mahu bergelar ‘YB’

Calon Bebas yang menggunakan logo pen itu menawarkan diri bertanding di kerusi N09 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama

1:37 PM MYT

 

KOTA BHARU – Walaupun enam kali tewas dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) dan empat Pilihan Raya Negeri (PRN), namun ia tidak mematahkan semangat calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 56, untuk terus bertanding sebagai wakil rakyat dan bergelar ‘YB’ (Yang Berhormat).

Kali ini di gelanggang PRN Kelantan, calon Bebas yang menggunakan logo pen itu menawarkan diri bertanding di kerusi N09 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama.

Beliau bakal berdepan dalam pertandingan empat penjuru menentang calon Pakatan Harapan Dr Hafidzah Mustakim, Zamry Ismail dari PAS, dan Tan Boon Kian dari Parti Rakyat Malaysia (PRM).

“Apabila orang tanya kenapa tidak serik, saya jawab kepada pengundi, cukup-cukuplah (pilih parti yang sama). Jadi menilai sendiri lah…walaupun di Kelantan kita sudah tahu keputusannya…tetapi setakat ni tanggungjawab saya (bertanding) sudah selesai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Izat Bukhary berkata sebelum ini beliau pernah bertanding di DUN Pengkalan Kubor sebanyak dua kali iaitu pada 2012 dan 2014 dan masing-masing sekali di DUN Chempaka pada (2015) dan DUN Kota Lama pada 2018.

Beliau yang juga anak kelahiran Kota Lama pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Kota Bharu dan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar (2016).

Bapa kepada tujuh anak yang berusia antara 16 hingga 23 tahun itu berkata sepanjang penglibatannya dalam dunia politik, keluarganya tetap utuh memberikan semangat dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Saya berterima kasih kepada keluarga dan penyokong saya dalam perjuangan ini. Saya tidak mahu berjanji macam-macam demi mendapatkan sokongan, sebaliknya saya akan melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya.

“Malah, sekiranya diberikan peluang, saya akan berjuang habis-habisan membawa perubahan dan memberi kebaikan yang ditunggu-tunggu selama ini kepada rakyat terutamanya kepada penduduk di kawasan DUN Kota Lama,” katanya. – 29 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related