KUALA LUMPUR – Proses penamaan calon bagi DUN Sungai Tua dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di SMK Sungai Pusu untuk memberikan sokongan kepada calon Kerajaan perpaduan.
Beliau yang berbaju kemeja biru muda dan bersongkok turut diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta Menteri Luar, Datuk Seri Zamry Abdul Kadir.
Kehadirannya disambut dengan sorakan oleh penyokong Kerajaan Perpaduan namun beliau singgah sebentar di pusat tersebut sebelum berpatah balik.
Datuk Seri Amirudin Shari mewakili parti kerajaan bertanding di DUN Sungai Tua, manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Juwairiya Zulkifli masing-masing bertanding di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang.
Beliau kemudiannya bertolak ke pusat penamaan calon di Taman Templer selama beberapa minit sebelum beredar ke destinasi seterusnya. – 29 Julai, 2023