Tidak dicalonkan, Nik Mohamad Abduh berlapang dada, tetap bantu kempen PAS

Bekas Ahli Parlimen Bachok itu memaklumkan tidak memohon kerusi khusus sebagaimana didakwa

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anak lelaki mantan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Mohamad Abduh mengakui beliau berlapang dada dengan keputusan parti tidak mencalonkan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

Malah katanya, beliau tetap berazam akan terus membantu parti melalui pelbagai cara sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan Kelantan terus ditadbir PAS.

Menurutnya, beliau tidak pernah terfikir untuk bertanding pada PRN dan apabila nama tidak dicalonkan di salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Pengakalan Chepa, ia tidak menjadi masalah.

“Sebab itu saya tegaskan tidak bertanding pun tiada masalah kerana saya terima dengan hati yang terbuka.

“Namun saya akan tetap membantu jentera parti untuk berkempen bagi memastikan PAS terus mentadbir Kelantan dan berharap semua pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing,” katanya seperti dilaporkan BH.

Mengenai dua kerusi yang ditawarkan kepada beliau, bekas Ahli Parlimen Bachok itu bagaimanapun enggan mengulas mengenainya dan meminta perkara itu ditanyakan kepada pucuk pimpinan parti.

“Kisahnya begini, ketika saya bertemu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini, saya nyatakan hasrat sekiranya parti mahu saya bertanding, saya memohon bertanding di tempat yang tidak mengganggu tugas pertama saya di Pulau Melaka.

“Ini kerana selepas Pilihan Raya Umum (PRU) saya menguruskan tapak wakaf, Mahaad Darul Anuar (MADA) peninggalan arwah bapa. Saya minta supaya tugas politik saya nanti, sekiranya menang, tidak menghalang saya untuk menguruskan MADA,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau juga tidak memohon mana-mana kerusi khusus sebagaimana didakwa dan hanya menyatakan hasrat tersebut.

Terdahulu, media melaporkan ketiadaan nama Nik Mohamad Abduh dalam senarai calon PAS mewakili Perikatan Nasional (PN) di Kelantan mengundang persepsi parti Islam itu mahu mematikan legasi Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Namun, dakwaan itu dinafikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang memaklumkan Nik Mohamad Abduh tidak dicalonkan selepas menolak dua kerusi yang ditawarkan parti itu.

Untuk PRN kali ini, PAS mempertaruhkan Nik Baharum Nik Abdullah iaitu seorang peguam bagi menggantikan penyandang kerusi DUN Chempaka selama dua penggal iaitu Ahmad Fathan Mahmood. – 28 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related