Henti seketika amalan sedekah sepanjang tempoh berkempen: Tok Mat

Ia bagi mengelakkan reputasi mana-mana calon tercalar sekali gus memberikan kesan buruk kepada perjalanan kempen dan mempengaruhi keputusan parti

8:17 PM MYT

 

SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini diingatkan supaya menghentikan seketika amalan ‘sedekah’ sepanjang tempoh berkempen.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bagi mengelakkan reputasi mana-mana calon tercalar sekali gus memberikan kesan buruk kepada perjalanan kempen dan mempengaruhi keputusan parti dalam mendapatkan kedudukan dominan pada PRN kali ini. 

“Saya telah memperingatkan kepada rakan-rakan calon dan juga diri saya dalam masa 14 hari (tempoh kempen) ini kita lupakan dahulu amal jariah sedekah kita itu. 

“Ini supaya ia tidak boleh dijadikan sebagai isu atau peluru oleh sesiapa untuk menembak dan mempersoalkan keputusan pilihan raya dan terpaksa dibuat perbicaraan dan ia akan menyebabkan hal yang tidak diingini berlaku… jadi tahan diri kita, kita berhenti dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Watikah Calon BN bagi PRN Negeri Sembilan di Wisma Umno negeri di sini, hari ini.

Pengarah Pilihan Raya BN itu juga berkata, manifesto parti sedang dinilai oleh kepimpinan pusat dan akan dilancarkan serentak bersama-sama manifesto gabungan dalam Kerajaan Perpaduan dengan tema ‘Perpaduan Demi Kestabilan Dan Kemakmuran’ dalam masa terdekat.

“Kita tidak mahu nanti negeri-negeri mempunyai manifesto yang terlampau bercita-cita tinggi kerana PRN ada tahapnya… jangan tabur terlalu banyak janji, kita tak mahu janji macam-macam tapi tak boleh tunaikan,” katanya.

Mengulas mengenai 17 calon yang bakal berentap pada PRN Negeri Sembilan kali ini, Mohamad yang turut dicalonkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berkata, kesemuanya mempunyai kewibawaan dan latar belakang yang bersih. 

“Kita di ibu pejabat telah membuat saringan yang ketat,  kesemua telahpun lulus dan tiada isu yang dapat dibangkitkan atau dijadikan senjata untuk orang-orang yang menangguk di air keruh,” katanya. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan memperoleh 20 kerusi DUN iaitu 11 daripada DAP, enam PKR dan tiga Parti Amanah Negara (Amanah) manakala 16 milik BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos. – 28 Julai, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related