Kajian skim gaji, persaraan penjawat awam ambil masa 8 bulan: PM

Hasil kajian akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan tertakluk kepada hasil dalam negara

9:01 PM MYT

 

SEREMBAN – Skim gaji dan persaraan penjawat awam yang baharu akan mengambil masa hingga lapan bulan untuk dikaji sebelum dibentang ke Mesyuarat Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh termasuk soal gaji guru dalam usaha Kerajaan Perpaduan meningkatkan pendapatan penjawat awam.

“Saya akan bentangkan (hasil kajian) kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan tertakluk kepada peningkatan hasil dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Guru-Guru Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurutnya, unjuran hasil negara ketika ini juga lebih baik daripada unjuran awal kerana lebih ramai yang tampil membayar cukai.

Katanya, sementara laporan kajian tersebut disiapkan, kerajaan telah mengumumkan sumbangan khas kepada penjawat awam dan pesara yang akan disalurkan dua minggu lagi. 

“Saya boleh umum RM1,000 tetapi saya tidak mahu tambah hutang lagi sebab hutang negara terlalu tinggi, itu pun banyak peruntukan pembaziran telah dipotong,” katanya. 

Awal hari ini, Perdana Menteri memaklumkan akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah dan bantuan RM200 kepada pesara kerajaan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak, serta lebih sejuta pesara. – 27 Julai, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related