Bantuan khas komitmen awal kerajaan semak semula gaji perkhidmatan awam

CUEPACS berharap kerajaan tidak melengahkan kajian semakan gaji perkhidmatan awam dan janji mengenai pelarasan semula elaun tetap yang patut diterima golongan itu

5:58 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Pemberian bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bantuan RM200 kepada pesara disifatkan sebagai komitmen awal kerajaan dalam usaha menyemak semula gaji perkhidmatan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, pemberian bantuan khas tersebut adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada sumbangan penjawat awam terhadap kemajuan negara.

Justeru, katanya, komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak semula skim gaji perkhidmatan awam amat dihargai oleh penjawat awam.

“Sebagai penjawat awam, CUEPACS dan seluruh warga perkhidmatan awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat kerajaan melaksanakan pembaharuan dalam urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“CUEPACS yakin usaha dan inisiatif lain yang dirancang Perdana Menteri ketika ini akan memberi manfaat kepada rakyat. Beri ruang dan masa yang cukup kepada beliau memacu negara ke arah yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Adnan berharap kerajaan tidak melengahkan kajian semakan gaji perkhidmatan awam dan janji Perdana Menteri mengenai pelarasan semula elaun tetap yang patut diterima golongan tersebut.

“CUEPACS berharap perkara ini dapat diumumkan Perdana Menteri dalam masa terdekat memandangkan perkara ini sudah menjadi pertanyaan dalam kalangan warga penjawat awam.

“Usaha Perdana Menteri ini dapat memastikan manfaat tersebut dinikmati oleh penjawat awam yang begitu terkesan dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Jelas beliau lagi, ia perlu disegerakan memandangkan sistem saraan perkhidmatan awam ketika ini masih menggunakan Sistem Saraan Malaysia yang dilaksanakan sejak 1 November 2002 dan hanya ditambah baik sahaja.

“Sudah tiba masanya skim gaji ini disemak semula mengikut persekitaran ekonomi semasa agar ia relevan dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini,” katanya. – 27 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related