Penjawat awam bakal terima bantuan khas RM300

Bantuan Khas Penghargaan itu dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, yang akan dibayar dalam tempoh dua minggu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bantuan sebanyak RM200 kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

“Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan 37 Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini, hari ini.

Anwar berkata bantuan khas itu diumumkan sementara kajian gaji dan elaun diperincikan. – 27 Julai, 2023

Topics

Hangat

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Daim, Na’imah and family take Anwar, MACC to court over seized bank accounts

In court documents, they allege PM exerted influence on graft busters for his ‘personal agenda’ against them

Related