Sanusi pertahan DUN Jeneri, 2 bintang bola sepak Kedah sah calon PN

Pengumuman calon dibuat Ketua Pemuda PN turut menyaksikan empat Exco bersaing

1:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dari arena sukan kini beralih ke dunia politik, nama bekas kapten pasukan bola sepak Lang Merah, Baddrol Bakhtiar diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada Ogos ini.

Ia diumumkan Ketua Pemuda parti berkenaan, Fadhli Shaari pada Majlis Pengumuman Calon PN Kedah di Kompleks PAS Kedah malam tadi, sekali gus merungkai teka-teki berhubung nama pemain itu yang sebelum ini disebut bakal ditampilkan sebagai antara muka baharu pada PRN negeri berkenaan.

Selain Baddrol, legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din turut diumumkan sebagai muka baharu yang akan bertanding bagi kerusi DUN Alor Mengkudu.

Selain Baddrol, legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din turut diumumkan sebagai muka baharu yang akan bertanding bagi kerusi DUN Alor Mengkudu. – Gambar Facebook Perikatan Nasional, 27 Julai, 2023

Radhi yang ketika ini memegang jawatan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Lada, pernah menjadi calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun tewas di Parlimen Pokok Sena.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PN yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor pula akan mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang menyaksikannya bakal berdepan calon muka baharu BN, Muhamad Khizri Abu Kassim.

Selain itu, PN mengekalkan Mohd Radzi Mad Amin dan Mohd Azam Abd Samat, masing-masing bagi DUN Pedu dan Sungai Limau.

PN hanya mengekalkan empat Exco Kedah, iaitu Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman; Exco Penerangan, Komunikasi dan Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Wan Romani Wan Salim; Exco Kerja Raya Bekalan Air, Sumber dan Tenaga, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan, Datuk Halimaton Shaadiah Saad.

Mohd Hayati akan mempertahankan kerusi Tokai, Wan Romani (Bukit Pinang), Mohamad Yusoff (Kuala Nerang) dan Halimation Shaadiah (Bukit Kayu Hitam)

Terdahulu, Kedah antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada 12 Ogos ini, selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Negeri Jelapang Padi itu mempunyai 36 kerusi DUN dengan kedudukan sebelum ini adalah 20 menjadi milik PN, manakala PAS (14), Bersatu (6), Pakatan Harapan (PH) (10), PKR (5), Amanah (3) dan masing-masing dua dimenangi DAP, Barisan Nasional (BN), Umno dan Parti Pejuang (2).

Dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun daripada PKR, Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Disember tahun lalu dan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Manakala ADUN Belantek, Datuk Mohd Isa Shafie pula meninggal dunia 14 Jun lalu. – 27 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related