Dr Mahathir kembali ke pangkal perjuangannya, Anwar pula meneruskan perjalanannya: Hadi

Bersama topeng Islamisasinya, Anwar berkempen di seluruh dunia Islam dan kepada NGO Islam, dengan mewajahkan PAS sebagai sebuah parti pelampau bagi membunuh pengaruh PAS

9:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memasukkan pengkhianat ke dalam Umno dan memecahbelahkan parti itu kepada satu kumpulan yang telah lari daripada landasan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Menurut Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Anwar juga berjaya memasukkan pengkhianat ke dalam PAS, namun golongan itu berjaya disingkirkan.

“Bersama topeng Islamisasinya, Anwar berkempen di seluruh dunia Islam dan kepada NGO Islam, dengan mewajahkan PAS sebagai sebuah parti pelampau bagi membunuh pengaruh PAS.

“Pada masa yang sama, dia juga berusaha untuk menguasai Umno bersama pasukannya bagi mencapai tujuan mendapatkan kuasa berkonsepkan pragmatik dengan menghalalkan segala cara, sehinggalah dia dipecat dan kemudiannya bekerjasama dengan DAP berkonsepkan wala’ yang diharamkan,’’ katanya menerusi hantaran dalam Facebook.

Hadi berkata demikian bagi membandingkan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Anwar dengan memetik laporan daripada media yang mempersoalkan mengapa PAS memberi peluang kepada Dr Mahathir selepas tindakan yang dilakukan terhadap parti itu sebelum ini, iaitu ketika beliau memerintah negara.

“Anwar jangan pula lupa bahawa dia bersama dalam kerajaan ketika berlakunya perkara yang disebutkan itu, selepas dia menyertai Umno dan memberi rupa Islam dan wajahnya kepada Umno bagi menghadapi pengaruh PAS yang kembali bangkit selepas kehilangan Kelantan sebelumnya.

“Ahli PAS ialah Melayu yang tidak lupa, sebenarnya Tun Mahathir pernah berada di atas pentas PAS ketika beliau dipecat daripada Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kapar di Selangor selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Sebelumnya, beliau bersama PAS menentang pelaksanaan jus soli.

“Tun Mahathir kembali ke pangkal perjuangannya, Anwar pula meneruskan perjalanannya”, ujarnya.

Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memasukkan pengkhianat ke dalam UMNO dan memecahkannya kepada satu kumpulan yang telah lari daripada landasan perjuangan agama, bangsa dan tanah air. – Gambar dari Facebook, 26 Julai, 2023

Mengulas lanjut, Hadi berkata, kini Anwar sendiri sendiri mendedahkan peranannya dalam melumpuhkan politik Melayu dan Islam serta menguatkan DAP, malah apabila parti itu meletakkan Anwar menjadi ‘poster boy’ bagi kumpulannya, ia menjadi bukti kepada tujuan tersebut.

“PAS menerima Proklamasi Melayu kerana ia merupakan satu konsep yang memerlukan bangsa Melayu bersatu dan memimpin kerana mereka adalah penduduk asal yang bertapak bersama Islam di tanah air ini,” katanya.

PAS juga, kata beliau, menolak kerjasama dengan DAP dan parti komponennya kerana membawa prinsip wala’ yang menjadi ancaman kepada ketuanan Islam dan umatnya, suatu perkara yang jelas dan nyata dalam perlembagaan partinya yang menjadi asas dan hala tuju perjuangannya.

Tegasnya, Al-Quran menegaskan bahawa para Rasul memulakan dakwah dengan menyelamatkan bangsa masing-masing, walaupun dakwahnya juga disampaikan kepada pelbagai bangsa yang lain.

“Maka, segala hujah yang menyalahi al-Quran merupakan bisikan syaitan,” katanya. – 26 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related