Baby Shima buat pusingan u, tak jadi tanding gara-gara…

Hantaran terbaru itu seolah-olah menunjukkan hasratnya untuk bertanding tidak lebih sekadar gurauan semata-mata

9:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kurang 24 jam selepas mengumumkan dirinya akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini, penyanyi dangdut, Baby Shima akhirnya membuat pusingan U mengenai keputusannya itu.

Menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik menerusi Instagramnya petang tadi, penyanyi itu mengesahkan dirinya tidak jadi bertanding sebagai calon Bebas.

“Maaf semua tak jadi nak tanding,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran tersebut, Shima turut memuat naik videonya bersama mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menerusi video itu, Shima menyatakan hasratnya untuk bertanding pada PRN yang akan datang dan Khairy bertanya adakah dia serius mengenai keputusan tersebut.

Shima kemudiannya berkata dia serius sebelum bertanya kepada Khairy kawasan mana yang sesuai untuk ditandinginya.

Khairy bagaimanapun menjawab penyanyi itu sesuai bertanding di Kelantan sebelum video itu diakhiri dengan bunyi krik… krik… krik.

“Alamak! Kalau macam tu, maaf YB (Yang Berhormat) Khairy Jamaluddin, Shima tak jadilah nak bertanding,” tulisnya.

Hantaran terbaru itu seolah-olah menunjukkan hasratnya untuk bertanding tidak lebih sekadar gurauan semata-mata.

Semalam, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRN yang akan datang.

Katanya, beliau ingin bertanding kerana mahu berkhidmat dan membela nasib rakyat.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia, dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya. – 25 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related