Digelar ‘Bapa Rahmah’, Salahuddin minta balik kampung 23 Julai seperti tahu akan pergi selamanya

'Anda seorang pejuang Chief. Anda tidak pernah berhenti laksana tanggungjawab. Tapi saya tahu anda penat’: Setiausaha Akhbar

5:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkongsian Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Shakirin Husnal melalui coretan di media sosial mengenai sikap dedikasi, kerja keras dan tidak mengenal penat pemimpin itu sepanjang berkhidmat untuk rakyat sehingga nafas terakhirnya, nyata menyentuh hati rakyat.

Menerusi penulisannya itu, Shakirin berkata, sepanjang bertugas bersama Salahuddin, beliau menyifatkan Timbalan Presiden Amanah itu sebagai ‘pejuang’ dan tidak pernah berhenti melaksanakan tanggungjawabnya demi membela nasib rakyat, walaupun hakikatnya berdepan jadual kerja harian cukup padat.

“Anda seorang pejuang Chief (bos). Anda tidak pernah berhenti. Tapi saya tahu anda penat. Saya sentiasa tahu. Jadual kerja kita gila. Adakala saya harap saya boleh membatalkannya untuk anda.

“Tetapi anda tetap menjadi individu yang bekerja keras, menjadi individu berdedikasi, sentiasa terdorong untuk memberikan perkhidmatan terbaik. Anda sentiasa cuba untuk memenuhi setiap permintaan, setiap jemputan dan setiap lawatan,” luahnya.

Shakirin memberitahu, selepas bekerja dengan jadual terlalu padat dalam tempoh lama, pada satu hari, Salahuddin memintanya mencatatkan di dalam kalender tugasan beliau mahu pulang ke kampung.

“Letak dalam kalendar 23 Julai balik kampung (di) Johor,” tulis Shakirin mengingati kata-kata Salahuddin.

Lebih mengundang sebak ramai, tarikh dinyatakan Salahuddin itu bersamaan dengan hari beliau meninggal dunia seolah-olah mengetahui akan pergi selamanya.

“Sesungguhnya, memang betul, 23 Julai 2023, Chief balik kampung berehat. Hanya kali ini untuk selamanya,” kata Shakirin.

Melalui ruangan komen di media sosial, pemergian Salahuddin bukan sahaja ditangisi ramai, malah ada dalam kalangan rakyat menggelar beliau sebagai ‘Bapa Rahmah’.

Gelaran itu diberikan susulan beliau menjadi pencetus dan penggerak idea serta inisiatif dikenali Payung Rahmah yang diwujudkan sejak awal tahun ini, bagi membantu rakyat menangani isu kenaikan kos sara hidup, selain membantu golongan B40 bersedia mendepani situasi terbabit.

“Dan sekarang, di sana sini aku baca rakyat memanggil beliau Bapa Rahmah. Selain Perdana Menteri, aku tak ingat pernah terjumpa rakyat memberikan penghormatan kepada mana-mana menteri dengan panggilan ‘bapa’ seperti itu. Di sana sini aku juga baca rakyat menyamakan ratapan mereka kerana pemergiannnya dengan ratapan rakyat ketika pemergian Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat (mantan Menteri Besar Kelantan),” kata Abu Bakar Mohd Rashid.

“Rakyat hargai apa yang arwah lakukan. Bukan hanya Menu Rahmah tapi jasa arwah dalam mengawal dan menurunkan harga barang serta memastikan bekalan barang yang penting mencukupi,” komen Azan Rasul.

“Subhanallah betul sungguh…Terharu bila baca komen dari yang bukan Islam pun turut sama memberi penghormatan kepada Allahyarham. Bukan satu dua komen, tapi banyak komen yang mendoakan kebaikan dan penghargaan buat Allahyarham. Alhamdullilah,” ujar Noor Syaqireen. – 25 Julai, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related