Dedikasikan PRN 6 negeri kepada perjuangan Salahuddin, sudah tiba masanya…

Menjadi hasrat Datuk Seri Salahuddin Ayub untuk melihat perubahan politik di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

5:30 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mengajak rakyat untuk mendedikasikan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, bulan depan kepada perjuangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut beliau, Salahuddin bercita-cita mahu memacu negara ke arah politik yang lebih stabil dan mencapai perpaduan agar Malaysia boleh bangkit semula menjadi negara hebat bertaraf dunia.

“Negara telah kehilangan seorang anak Malaysia yang hebat. Mari kita dedikasikan PRN pada 12 Ogos ini untuk Salahuddin Ayub dengan meneruskan wawasannya.

“Menjadi hasrat Salahuddin untuk melihat perubahan politik di Kedah, Kelantan dan Terengganu, supaya ketiga-tiga negeri ini tidak lagi berada dalam kedudukan negeri termiskin, sebaliknya menjadi antara negeri termaju di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelas Kit Siang lagi, Allahyarham kerap kali berkata, Kerajaan Perpaduan sering mengutamakan agenda rakyat berbanding Perikatan Nasional (PN).

Justeru, katanya, sudah tiba masanya untuk semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan mengukuhkan kerjasama demi kepentingan rakyat.

“Dalam salah satu ucapan terakhir ketika ceramah “Jelajah Perpaduan Madani’ di Batu Buruk, Terengganu, Salahuddin mendedahkan terdapat percubaan “pintu belakang” untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dengan menghasut anggota Kabinet Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

“Salahuddin berkata: “Ahli Kabinet, termasuk daripada BN dan parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) adalah paling stabil, kuat, harmoni, dan tidak terpengaruh dengan hasrat itu.

“Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) adalah kerajaan yang paling stabil dan kuat, serta sentiasa berusaha menangani masalah rakyat,” katanya.

Jumaat lalu, Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal berkata, Salahuddin, 62, dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah selepas mengalami mual dan muntah-muntah. Doktor kemudian mengesahkan ada pendarahan di otak beliau.

Beliau yang juga Ketua Pakatan Harapan Johor dan Timbalan Presiden AMANAH meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) jam 9.23 malam tadi.

Dilahirkan di Pontian, Johor, Salahuddin yang juga anak kacukan Melayu-Cina, merupakan lulusan Universiti Putra Malaysia dan bekerja di sebuah bank sebelum menceburi bidang politik. – 24 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related