Bagaimana PAS begitu mudah lupa peristiwa Memali, ‘cercaan’ Dr Mahathir?

Dr Mahathir ketika itu mengatakan bahawa mereka bukan mati syahid namun mati katak: Isham

2:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan PAS yang begitu mudah memaafkan segala perbuatan ‘jahil’ mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap parti itu, terutama berkaitan tragedi Memali pada 1985, bukan sahaja menghairankan, malah dipersoal pemimpin Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil berkata, pimpinan PAS sepatutnya lebih berhati-hati dalam menjalinkan kerjasama bersama Dr Mahathir, bukan secara mudah menerima kehadirannya agar tindakan itu tidak mewujudkan sebarang kesan negatif kepada ahli keluarga yang terbabit dalam peristiwa berdarah berkenaan.

Malah, beliau secara peribadi tidak memaafkan segala kesilapan besar dilakukan mantan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu apabila 14 orang awam dan ahli PAS terbunuh dalam kejadian terbabit.

Isham Jalil mempersoalkan tindakan PAS yang membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di atas pentas parti berkenaan. – Gambar dari Facebook Isham Jalil, 24 Julai, 2023

“Saya nak tanya orang (PAS) ini, kenapa cepat sangat tiba-tiba nak Pilihan Raya Negeri (PRN), entah apa mereka minta pada Tun Mahathir, semua dah jadi lupa atau hilang ingatan terhadap apa yang pemimpin itu lakukan kepada PAS.

“Puak parti itu, khususnya Tan Sri Abdul Hadi Awang takkan sudah lupa dengan tragedi Memali sampai senang nak maafkan Tun Mahathir sekarang ini.

“Masih ingatkah peristiwa berkenaan turut mengorbankan Ibrahim Mahmud yang pernah bertanding atas tiket PAS, tetapi kalah di Baling,” katanya menerusi video dikongsikan di Facebook, hari ini.

Dalam peristiwa 38 tahun lalu itu, lebih 200 anggota polis dilaporkan mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah bagi menahan Ustaz Mahmud di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa membawa ajaran sesat.

Ekoran tindakannya yang enggan menyerah diri sehingga berlaku pertempuran polis, beliau dan 13 pengikutnya terbunuh.

Mengulas lanjut, Isham mengimbau semula cercaan dilemparkan Dr Mahathir selepas kerajaan Kedah mengeluarkan fatwa bahawa kesemua mereka yang meninggal dunia dalam tragedi Memali, termasuk dalam golongan mati syahid.

“Tun Mahathir ketika itu mengatakan bahawa mereka bukan mati syahid namun mati katak, saya pelik…takkan orang PAS boleh lupakan perkara itu, berdasarkan kertas putih peristiwa terbabit juga, amanat Abdul Hadi disebarkan dan seharusnya pemimpin berkenaan tidak lupa bahawa pengikutnya dibunuh.

“Terus dilupakan sahaja dosa silam pemimpin itu. Dr Mahathir juga ada kata beliau berada di China ketika peristiwa Memali dan menyalahkan Tun Musa Hitam, namun ia dibidas semula pada tahun 2014 dengan mengatakan Dr Mahathir berada di negara ketika tragedi itu. Bila ditanya semula, beliau (Dr Mahathir) kata sudah lupa,” katanya.

Dalam pada itu, Isham yang juga mantan Ketua Penerangan UMNO memaklumkan, Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri juga menyekat pelbagai bantuan dan inisatif yang layak diberikan kepada kerajaan Kelantan, sehingga pentadbiran negeri berkenaan terpaksa memperoleh pendapatan menerusi aktiviti pembalakan dan menyebabkan banjir besar berlaku hingga kini. – 24 Julai, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related