Biar pengurusan kuil, Jakel selesaikan isu, jangan pihak lain ‘menangguk di air keruh’: Fahmi

Menteri Komunikasi gesa ke arah perbincangan yang harmoni dan membina, beri amaran isu itu tidak dipolitikkan

9:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, dekat Jalan Masjid India di sini seeloknya diselesaikan pihak pemilik tanah iaitu syarikat pembekal tekstil Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) bersama pengurusan kuil terbabit.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihak pengurusan kuil juga sudah menyatakan pandangan dan permohonan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk mengenai lokasi pemindahan.

“Perkara ini wajar diuruskan pemilik tanah bersama pihak kuil. Mereka memang sebelum ini ada banyak perbincangan memandangkan isu melibatkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pengurusan tanah gantian.

“Maka berikan mereka ruang tersebut untuk teruskan perbincangan.

“Itu juga yang dipohon Perdana Menteri dan sebelum ini pihak kuil ada menyatakan pandangan mereka juga permohonan mereka mengenai beberapa lokasi (pemindahan).

“Jadi hal itu telah dan sedang diuruskan oleh DBKL dan beberapa pihak lain untuk memastikan keharmonian dan juga memastikan tidak berlaku apa-apa salah faham kerana Jakel difahamkan ingin memastikan proses ini berjalan dengan aman dan tenteram,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama komuniti Pantai Dalam di sini hari ini.

Menurut dokumen carian tanah, DBKL mendaftarkan pemilikan tanah tersebut pada 19 Julai 2010.

Dokumen sama menunjukkan DBKL pada 23 Oktober 2014 memindahkan pemilikan tanah tersebut kepada Jakel Trading Sdn Bhd, pemilik Jakel Mall yang terletak bertentangan dengan kuil berkenaan.

“Malah tanah-tanah di Kuala Lumpur telah diwartakan menerusi pelan tempatan KL2020
sekitar 2018 lalu, apa yang tertera atau tertakluk dalam pelan tempatan itu setakat ini terpakai,” katanya.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut berharap semua pihak memberikan ruang dan bersabar supaya isu dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

“Jangan kita ambil tindakan diluar batas undang-undang dan saya juga bagi peringatan kepada semua warganet, saya dapati ada yang meninggalkan komen-komen yang sangat jelik, pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memantau

“Sekiranya ada yang melanggar undang-undang maka tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

“Perdana Menteri juga beri peringatan supaya janganlah mana-mana pihak menangguk
di air keruh, jangan cuba ambil kesempatan (isu) untuk kepentingan politik,” katanya.

Sebelum ini, wakil pengurusan kuil Dewi Sri PathraKaliamman, Masjid India, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, badan pengurusan itu masih berharap untuk terus kekal di atas tapak tersebut, walaupun tanah tersebut sudah menjadi hak milik syarikat swasta.

Ambiga berkata, DBKL mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu kuil tersebut kekal kerana telah wujud di atas tapak tersebut lebih daripada 130 tahun, selain urusan penjualan tanah yang berlaku pada 2014 tidak dimaklumkan kepada mereka.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan mahu menjadi jaguh berhubung isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India.

Perdana Menteri berkata, ketika ini pihak berkaitan sedang berunding dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan. – 22 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Gopeng says goodbye to beloved 111-year-old soy sauce factory Hup Teck

For over a century, Uncle Tong’s family kept culinary heritage alive with all-natural, sun-fermented soy sauce crafted in age-old earthen pots, a tradition which started in 1914

Menangkis serangan tidak berasas terhadap Umno — Raziz Rashid

Parti yang membantu menubuhkan Malaysia masih menjadi tunjang kestabilan negara dengan para menterinya menunjukkan prestasi cemerlang dalam Kerajaan Madani

Related