‘Cakap-cakap Bersatu tunggang PAS hanya persepsi’, dua-dua tentukan kemenangan

Bersatu memberikan nilai tambah kepada PAS dan hasilnya kemenangan besar di Terengganu hingga BN gagal peroleh walau satu kerusi

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Isu Bersatu menunggang PAS dalam Perikatan Nasional (PN) hanya persepsi sebaliknya kedua-dua parti bekerjasama untuk menentukan kemenangan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, realitinya apabila bersama, perlu ada strategi untuk memberikan kemenangan.

“Masa bila PAS boleh menang hingga 40 lebih kerusi (Parlimen) yang menyebabkan kami menunggang PAS? Masa bila?’’,’ soalnya ketika menjadi tetamu podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) memenangi 74 kerusi dengan PAS memperoleh 49, iaitu jumlah kerusi tertinggi diperoleh mana-mana parti tunggal pada pilihan raya tersebut.

Ketika ditanya apa yang disumbangkan oleh Bersatu sehingga membolehkan PAS memperoleh kemenangan berkenaan, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata PN adalah sebuah parti yang membawa ideologi berbeza yang memberikan kebebasan kepada semua rakyat.

“Banyak orang kata PAS susah nak dapat sokongan sebab fokus kepada agama.

“Bukankah Bersatu yang boleh menentukan PN bukan berasaskan agama dan PAS bersama dengan kita dan Bersatu membawa ideologi yang berbeza yang memberikan kebebasan semua rakyat.

“Nampak seolah-olah majoriti PAS menang di kawasan negeri Melayu seperti Kelantan, Perlis, Kedah dan Terengganu.

‘Tetapi pernahkan fikirkan Terengganu, diperintah sekejab oleh Barisan Nasional (BN), sekejab oleh PAS.

“Pernahkah kita terpikir satu hari di Terengganu, Umno tidak boleh dapat walau satu kerusi,’’ soalnya.

Menurut Hamzah, PAS mencapai kemenangan tersebut di Terengganu selepas bekerjasama dengan PN.

“Selama PAS lawan dengan BN, ia tidak pernah mendapatkan (menang) dan apabila kita datang dan bekerjasama dengan PAS barulah PAS mencapai kemenangan hingga BN tidak mendapat walaupun satu kerusi.

“Beza di situ. Di situlah tempatnya Bersatu memberi nilai tambah dengan membawa konsep dan strategi,” katanya.

Mengenai soalan tidakkah Bersatu terasa kerana PAS seolah-olah bergerak sendirian selepas menang di empat negeri termasuk menubuhkan Syarikat State Goverment (SG4) Group Sdn Bhd, Hamzah berkata:

“Ini yang cuba kita selesaikan dan apa yang kita lakukan adalah atas tiket Periatan Nasional,’’ katanya. – 22 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Gopeng says goodbye to beloved 111-year-old soy sauce factory Hup Teck

For over a century, Uncle Tong’s family kept culinary heritage alive with all-natural, sun-fermented soy sauce crafted in age-old earthen pots, a tradition which started in 1914

Menangkis serangan tidak berasas terhadap Umno — Raziz Rashid

Parti yang membantu menubuhkan Malaysia masih menjadi tunjang kestabilan negara dengan para menterinya menunjukkan prestasi cemerlang dalam Kerajaan Madani

Related