Tampar lelaki bukan Islam makan ketika Ramadan adalah provokasi, tidak cermin perpaduan: Aaron

Menteri Perpaduan Negara berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Insiden seorang warga emas menampar seorang pemuda bukan Islam yang sedang makan pada bulan Ramadan di sebuah pusat beli belah di Johor Bahru, adalah provokasi yang tidak mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, tindakan seumpama itu harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

“Saya juga mengutuk keras sebarang bentuk keganasan, diskriminasi, dan sikap prejudis yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum.

“Saya berharap semua rakyat Malaysia beradab dalam berinteraksi antara rakyat Malaysia, yang seharusnya sentiasa saling menghormati budaya dan mengamalkan nilai faham, hormat dan terima,’’ katanya menerusi hantaran di akaun X.

Beliau mengulas insiden seorang pemuda bukan Islam yang ditampar oleh seorang lelaki warga emas ketika sedang makan di Angsana Mall, Johor Bahru.

Pemuda berkenaan yang menulis di akaun X dengan menggunakan nama bingbingE656/Elijah berkata, lelaki itu turut meminta untuk melihat kad pengenalannya meskipun dia memberitahu bahawa dia bukan Islam.

“Syukurnya anak dia memang baik dan lepas tenangkan situasi, dia minta maaf untuk pak cik tu. Tapi pak cik tu dah tidak menghormati saya dan tampar saya di tempat awam. Saya boleh terima permohonan maaf tu tapi saya tak boleh lepaskan benda ni,’’ katanya.

Hantarannya kini tular di media sosial.

Dalam pada itu, Aaron berkata, mangsa, Elijah sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tampoi dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Saya berharap agar semua pihak memberi kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk menjalankan siasatan.

“Isu-isu yang menyentuh soal perpaduan tidak boleh dipandang remeh. Kita tidak boleh membiarkan sebarang insiden yang boleh meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia.

“Negara ini hanya akan maju jika kita bersatu, saling menghormati, dan hidup dalam keadaan aman tanpa sebarang bentuk ketegangan kaum atau agama,’’ katanya. – 17 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Gobind’s neutrality, party support rocketed him to DAP chairmanship: analysts

Observers said his non-allegiance to either pro- or anti-Lim Guan Eng factions may have helped him secure the chairmanship

Duterte arrested: Former Philippine leader taken into custody over ICC warrant

Ex-president detained at Manila airport as global tribunal pursues justice for thousands killed in drug war

Not an apostate: Syahredzan slams accusations he left Islam after DAP leadership win

Young Syefura also hit by anonymous detractors with baseless apostasy claims

Related