Guan Eng akur jadi Penasihat ‘masa depan ditentukan ahli parti’

Ahli Parlimen Bagan yang berada pada kedudukan ke-26 sebaliknya dilantik sebagai Penasihat DAP bagi menggantikan penyandangnya, Tan Kok Wai yang menarik diri sebelum ini

10:06 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Guan Eng menghormati keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu DAP tidak memilihnya untuk menggalas semula jawatan Pengerusi Kebangsaan yang disandang sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung DAP memaklumkan menerima keputusan itu kerana ia ditentukan oleh ahli parti sendiri dan bukannya orang luar.

“Saya menghormati keputusan dibuat CEC. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi saya.

“Sekarang, kita harus bersatu bawah kepimpinan Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung,” katanya pada sidang media selepas pengumuman barisan kepimpinan CEC baharu DAP pada Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu hari ini.

Sementara itu Loke pada sidang media sama berkata, pemilihan kali ini menyaksikan beberapa perubahan dalam struktur jawatankuasa tertinggi DAP.

“Ini langkah yang diambil bagi memberi ruang kepada pemimpin baharu untuk menggalas tugas dan menonjolkan bakat serta kualiti kepimpinan mereka dalam usaha memperkukuhkan parti.

Pada mesyuarat pertama CEC baharu yang diadakan sebaik saja selesai pemilihan, Guan Eng gagal mempertahankan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP yang disandangnya walaupun berada dalam senarai 30 ahli CEC yang dipilih.

Ahli Parlimen Bagan itu yang berada pada kedudukan ke-26 sebaliknya dilantik sebagai Penasihat DAP bagi menggantikan penyandangnya, Tan Kok Wai yang mengumumkan tarik diri sebelum ini.

Jawatan Pengerusi DAP kini dipegang Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo, manakala Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban pula kekal menerajui parti sebagai Setiausaha Agung bagi penggal kedua berturut-turut. – 16 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Budget 2025: consider soft loan to help us replace old school buses, say operators

Federation of School Bus Associations’s president Amali Munif Rahmat says that an interest-free soft loan can help them procure new buses and recruit young operators

Safeguarding harmony: Addressing 3R challenges in Malaysia’s digital age

Efforts to maintain racial and religious unity now face hurdles with the rise of digital hate speech and provocations

Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan Muslim hadir perayaan bukan Islam

Baginda berpandangan cadangan ini dibuat pada waktu yang tidak sesuai ketika rakyat giat mengeratkan amalan muhibah dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum

Related