SPRM digesa utamakan siasatan kes rasuah, bukan tahan wartawan: Takiyuddin

PAS melihat tindakan SPRM agak janggal dari beberapa sudut dan perlu diteliti lebih dekat

1:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengutamakan siasatan berhubung kegiatan meragukan penglibatan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara berbanding menahan wartawan yang melaporkan mengenai dakwaan rasuah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana jika laporan itu benar maka ia berpotensi menimbulkan masalah lebih serius dan berbahaya bagi keselamatan serta ekonomi negara berbanding dakwaan peras ugut jenayah yang didakwa melibatkan seorang wartawan.

“PAS melihat tindakan SPRM terhadap wartawan terbabit yang dibuat hanya berdasarkan laporan pihak berkepentingan langsung iaitu ejen pekerja asing yang didedahkan dalam laporan.

“Itu kelihatan agak janggal dari beberapa sudut dan perlu diteliti dengan lebih dekat terutama dari segi motif ketepatannya bawah undang-undang dan keutamaannya.

“Umum mengetahui bahawa kes salah laku dan rasuah melibatkan pegawai imigresen dan ejen pekerja asing bukanlah perkara baharu malah sering kali dibangkitkan dalam masyarakat mahupun di Parlimen,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan menahan seorang wartawan di bawah Seksyen 16, Akta SPRM 2009 kerana didakwa meminta dan menerima rasuah.

Azam berkata, suspek ditahan di bawah 16 Akta SPRM Rasuah 2009, kerana didakwa menerima wang tunai RM20,000 daripada pengadu kes.

Takiyuddin berkata, PAS hairan apakah keistimewaan laporan itu sehinggakan SPRM mengambil inisiatif hanya berdasarkan laporan ejen yang jelas merupakan pihak berkepentingan langsung untuk memerangkap seorang wartawan kerana laporannya itu.

“Sekiranya dakwaan peras ugut jenayah oleh wartawan terbabit benar, bukankah perkara itu sepatutnya dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan bawah Kanun Keseksaan, bukannya diambil tindakan bawah Akta SPRM?

“Sekiranya laporan media tersebut pula salah atau dianggap memfitnah, bukankah pihak terkesan turut dilindungi oleh undang-undang sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah, bukannya dengan membuat laporan kepada SPRM,’’ katanya.

Tambah beliau, tangkapan itu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap SPRM dari aspek profesionalisme mahupun dari sudut ketelusan tindakan badan itu.

Ia, katanya boleh dianggap bertujuan menutup mulut wartawan dan media terbabit sekali gus memenuhi motif dan kepentingan pihak berkepentingan langsung yang didedahkan sebelum ini.

“Tindakan itu juga boleh dilihat sebagai langkah yang berlawanan dengan peranan wartawan dan media sebagai institusi teras demokrasi, prinsip kebebasan bersuara serta semak dan imbang awam.

“Apa-apa tindakan yang boleh dilihat bertujuan mengganggu, menyekat atau menakut-nakutkan media serta wartawan hendaklah dielakkan sama sekali, terutamanya oleh agensi kerajaan,’’ katanya. – 2 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

DAP not elitist: Zairil defends working-class commitment despite being in federal govt

Penang DAP vice-chairman says the party remains dedicated to social justice, pro-worker policies

Related