Penjawat awam boleh pulang 30 minit awal sepanjang Ramadan ‘tapi kerja mesti siap’: Fahmi

Menteri Komunikasi berkata, arahan itu telah diputuskan menerusi peraturan waktu bekerja fleksi yang telah dimuktamadkan sebelum ini

5:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kakitangan kerajaan diberi pilihan untuk pulang setengah jam lebih awal daripada waktu bekerja sebenar sepanjang bulan Ramadan ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, arahan itu telah diputuskan menerusi peraturan waktu bekerja fleksi yang telah dimuktamadkan sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, penjawat awam boleh merujuk lanjut perkara itu dengan ketua bahagian masing-masing.

“Mereka boleh rujuk (pulang awal) sama ada dengan ketua bahagian ataupun (ketua) jabatan, TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha) ataupun KSU (Ketua Setiausaha) kementerian untuk penjelasan sekiranya mereka belum lagi mengisi borang tersebut ataupun memaklumkan pilihan mereka.

“Jadi Insya-Allah sepanjang bulan Ramadan bagi penjawat awam yang memilih waktu bekerja fleksi opsyen B mereka boleh balik 30 minit lebih awal. Tapi kerja mesti siap,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, penjawat awam boleh memilih untuk kekal dengan waktu bekerja sedia ada atau memendekkan waktu rehat selama 30 minit dan pulang ke rumah 30 minit lebih awal.

Maklumat lanjut mengenai waktu bekerja fleksi seperti yang termaktub dalam pekeliling perkhidmatan iaitu di https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2019/pp052019.pdf.

Sebelum ini, beberapa negeri memutuskan penjawat awam negeri dibenarkan pulang lebih awal dan kelonggaran waktu bekerja sepanjang Ramadan ini.

Ia termasuk Pahang yang membenarkan penjawat awam negeri pulang lebih awal pada setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan, dengan waktu bekerja berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Bagi Negeri Sembilan pula, penjawat awam wanita dibenarkan pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan.

Manakala di Selangor, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang lebih awal ketika Ramadan.

Sementara itu Fahmi berkata, tidak timbul sebarang isu mengenai pelantikan dua wakil kerajaan dalam Majlis Media Malaysia (MMM).

Beliau berkata, dua ahli lembaga yang juga wakil kerajaan dalam MMM adalah bertujuan mempermudahkan apa-apa proses pada masa depan.

“Isu pelantikan dua wakil itu telah pun dibincangkan dengan pasukan Protem (jawatankuasa sementara) yang membuat draf penubuhan MMM itu.

“Saya tak lihat ini satu perkara yang janggal kerana niatnya adalah untuk memberi sekiranya ada apa-apa maklum balas, maka akan dipermudah proses itu,” katanya

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 10 persatuan berkaitan media menyokong penubuhan MMM namun, mereka menolak kehadiran wakil kerajaan sebagai ahli lembaga majlis itu.

Baru-baru ini RUU MMM 2024 diluluskan Dewan Rakyat, selepas lima dekad penubuhan Majlis itu dibincangkan.

RUU yang bertujuan, antara lain menubuhkan badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamal media itu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, selepas dibahas 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

RUU MMM 2024 yang mengandungi 23 Fasal itu dibentangkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching untuk bacaan kali pertama pada 12 Disember tahun lalu. – 28 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related