Kes saman selesai, Sanusi mohon maaf kepada Amirudin

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan kenyataan permohonan maaf oleh Muhammad Sanusi disiarkan kepada umum

3:22 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Amirudin Shari terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan membabitkan projek pembersihan Sungai Klang selesai, selepas Menteri Besar Kedah itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Selangor di Mahkamah Tinggi di sini.

Muhammad Sanusi, 50, membuat pernyataan maaf di hadapan Hakim Rozi Bainon hari ini yang kemudian merekodkan penghakiman persetujuan kedua-dua pihak berkenaan.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan kenyataan permohonan maaf oleh Muhammad Sanusi disiarkan kepada umum.

Terdahulu, peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Amirudin memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan menerusi empat terma persetujuan antaranya defendan (Muhammad Sanusi) perlu membuat permohonan maaf secara umum kepada Amirudin.

“Defendan memberi aku janji tidak akan menerbitkan, membantu mengulangi dan/atau menyebabkan diterbitkan kata-kata yang diplidkan dalam perenggan empat pernyataan tuntutan atau yang seakan-akan dengannya terhadap atau mengenai plaintif pada masa hadapan.

“Persetujuan dan terma-terma dinyatakan adalah penyelesaian penuh dan muktamad antara pihak plaintif dan defendan,” kata peguam itu.

Pada 30 Ogos 2023, Amirudin, 45, memfailkan saman terhadap Muhammad Sanusi, 51, berhubung dakwaan membabitkan projek pembersihan Sungai Klang.

Pada 4 Ogos 2023, Amirudin memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkait isu fitnah.

Berikutan itu, pada 9 Ogos 2023, Amirudin menyampaikan surat tuntutan kepada Muhammad Sanusi dan memohon defendan membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam dan membayar ganti rugi RM10 juta berhubung kenyataan berunsur fitnah dalam satu ucapan di Jitra, pada Ogos 2023.

Dalam notis tuntutan itu menyatakan, Muhammad Sanusi memfitnah kononnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu dan pengasas Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan mahu melaksanakan projek bernilai RM10 bilion di Sungai Klang serta ahli perniagaan itu akan menerima 600 ekar (243 hektar) tanah percuma.

Justeru, plaintif menuntut ganti rugi, am, teruk dan teladan yang tidak dinyatakan, serta perintah injunksi untuk menghalang Muhammad Sanusi daripada mengulangi dakwaan itu. – 26 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related