Lelaki OKU penglihatan maut digilis tren selepas terjatuh di landasan LRT Titiwangsa

Mangsa dipercayai hilang keseimbangan badan lalu terjatuh di atas kawasan rel

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki kurang upaya (OKU) penglibatan maut selepas terjatuh dan digilis tren di kawasan landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa, Jalan Tun Razak, di sini, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Fadil Hesam Mohd, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau memberitahu, pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.38 pagi tadi menerusi sistem MERS-999 yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Fadil berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa hilang keseimbangan badan lalu terjatuh di atas kawasan rel tanpa disedari pemandu kereta api.

“Pihak berkuasa sedang meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu dan memeriksa rekod operasi tren pada waktu kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil memberitahu, proses pengalihan mayat dilaksanakan dengan teliti oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi penyiasatan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP).

Sementara itu, Rapid Rail menerusi satu kenyataan memberitahu perkhidmatan tren di stesen PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur digantung buat sementara waktu namun perkhidmatan alternatif termasuk perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

Sebagai langkah keselamatan, kata Rapid, pihak operasi telah menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen tersebut bagi memberi laluan kepada Polis, Bomba dan pasukan ambulans yang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian tersebut dan akan memastikan perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling kembali seperti biasa secepat mungkin.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat daripada kejadian dan kelewatan perjalanan yang berlaku pada pagi ini,” katanya. – 22 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related