Suara kebencian berbaur agama punca ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal bentuk Persekutuan Malaysia: Madius

Madius berkata terdapat suara-suara sumbang cuba menabur bibit perpecahan dan sengaja memanjangkan kekeliruan dalam masyarakat majmuk di negara ini

8:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sidang Dewan Rakyat pada Isnin dikejutkan dengan pendedahan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (PH – Tuaran) mengenai kekesalan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Pembentukan Malaysia 1963 susulan sentimen perkauman dan keagamaan yang semakin keterlaluan.

Madius berkata, meskipun Mesyuarat Kabinet pada 7 Februari lalu menolak cadangan menteri agama mengenai garis panduan penglibatan umat Islam dalam perayaan dan upacara agama lain, namun masih ada suara sumbang yang mempersoalkan keputusan itu.

Beliau yang juga presiden kehormat dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) memberitahu, suara-suara itu ibarat menabur bibit perpecahan dan sengaja memanjangkan kekeliruan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Malah suara kebencian berbaur agama seperti inilah yang menyebabkan rakyat Sabah dan Sarawak merasa kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia.

“Ramai yang berkata ‘the Malaysia of today is not the Malaysia that we have agreed to form under the Malaysia Agreement 1963. To us in Sabah MA63 are encapsulated in the Batu Sumpah Keningau where it says … agama bebas dalam Sabah.

“Dan tidak kurang juga yang berkata bahawa ‘wilayah kita yang terkaya dari segi sumber asli namun kita yang tersorot paling miskin’.

“Dan ada yang berkata “elok kita bersendirian macam Singapura,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah ucapan di Raja, di sini, semalam.

Beliau berkata, Singapura yang merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, namun tetap sepakat berpadu, menyaksikan perbezaan agama dan kaum tidak menjadi penghalang dan pemisah perpaduan.

Malah dari segi ekonomi katanya, Madius berkata Singapura dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita USD84,000 sudah mencapai status negara dunia pertama.

“Bayangkanlah perasaan orang Sabah apabila KDNK per kapita Sabah masih pada tahap USD5,000 dan Malaysia pada tahap USD12,000 berbanding dengan Singapura and we are running on the spot with no progress year after year,” tegasnya.

Terdahulu Madius turut menekankan perkara 23 Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen bahawa Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Titah tersebut, katanya, jelas membayangkan rasa gusar Seri Paduka tentang keutuhan dan kesatuan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan.

“Kegusaran Tuanku diperkukuhkan lagi dengan ketegasan titah baginda bahawa: “Setiap tindakan dan keputusan mestilah dibincang secara sepakat demi masa depan rakyat dan negara” dan Tuaran sangat bersetuju malah menjunjung kasih Tuanku kerana dapat merasai nadi rakyat tentang betapa kritikalnya kesatuan negara Persekutuan Malaysia pada ketika ini.

“Justeru pengumuman Menteri Agama di Dewan Yang Mulia ini pada 4 Februari lalu adalah antara contoh tindakan dan keputusan yang belum pun ada kesepakatan tetapi sudah diumumkan.

“Tindakan tersebut juga jelas bertentangan dengan tata kelola yang baik demi memelihara keutuhan dan kesatuan negara Persekutuan Malaysia seperti yang dititahkan oleh Tuanku iaitu “mesti dibincang secara sepakat.”

“Ini bererti, setiap cadangan dasar, program dan garis panduan hendaklah dibentangkan dan diluluskan oleh Jemaah Kabinet sebelum diumumkan,” kata Madius. – 18 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Grab Malaysia teams up with 100 drivers, riders to bring CNY joy to the underprivileged

More than 300 people across charity homes, nursing care centres, PwD organisations receive ‘bai nian li wu’ during the visits

Related