Perunding pengurusan projek Jendela Fasa 2 dilantik teliti aspek pelaksanaan lebih baik: Fahmi

Fasa dua mungkin akan teliti penyelesaian yang fit for purpose di mana kawasan dengan jumlah penduduk tertentu memerlukan penyelesaian yang berbeza

6:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perunding pengurusan projek telah dilantik untuk Fasa 2 Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi memastikan pelaksanaannya dijalankan dengan lebih baik, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. 

Beliau berkata pihaknya mengambil maklum dan iktibar daripada beberapa perkara semasa pelaksanaan Jendela fasa pertama untuk ditambah baik dalam pelaksanaan fasa kedua.

“Kita mungkin tidak bergantung harap kepada infrastruktur seperti menara-menara telekomunikasi seperti dalam fasa satu. Bagi fasa dua kita mungkin akan teliti penyelesaian yang fit for purpose. Mungkin satu-satu kawasan itu jumlah penduduknya memerlukan penyelesaian yang berbeza.

“Mungkin bentuk muka buminya yang mencabar, dan mungkin ada setengah perkara kita akan beri kelonggaran kepada syarikat-syarikat untuk laksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan OCBC Premier Private Client Centre di Bangsar di sini hari ini.

Sebelum ini Fahmi dilaporkan berkata terdapat keperluan untuk merombak keseluruhan proses pelaksanaan Fasa 2 Jendela bagi memastikan keberkesanan program berkenaan.

“Kita dapati dalam Jendela fasa satu ada beberapa perkara mereka terlalu longgar, ada beberapa perkara mereka terlalu rigid. Saya rasa ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki, yang tidak dilaksanakan dengan betul dalam jendela fasa satu,” katanya. 

Sementara itu Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang dalam proses meneliti beberapa perkara akhir sebelum mengeluarkan surat bagi membolehkan U Mobile Sdn Bhd melaksanakan rangkaian 5G kedua negara.

“Kita jangkakan mungkin dalam tempoh seminggu dua ini.

“Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED41R) yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 12 Feb lepas telah dimaklumkan berhubung status pelaksanaan pengendali rangkaian 5G pertama, Digital Nasional Berhad (DNB).

“Mereka telah menyerahkan rancangan pelaksanaan perniagaan terperinci kepada pihak MCMC dan sedang diteliti manakala bagi pihak U Mobile, rancangan pelaksanaan itu telah diberikan lebih awal, dan saya difahamkan pihak U Mobile juga telah membuat beberapa pengumuman tentang tarikh permulaan pelaksanaan rangkaian 5G,” katanya. – 18 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related