Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil: MOF

Kementerian itu berkata transformasi ini akan dapat menarik lebih banyak syarikat penerbangan dan penumpang

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usaha penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA) dijangka membuahkan hasil dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus memberi pulangan kepada kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Kementerian itu berkata transformasi ini yang akan dapat menarik lebih banyak syarikat penerbangan dan penumpang, merupakan langkah yang terbaik kerana ia membolehkan sebarang keputusan dan pelaburan jangka panjang dibuat pada kadar yang lebih pantas.

Bagaimanapun, MAHB perlu segera melaksanakan pembaharuan perkhidmatan mereka dan menggiatkan pelaburan bagi memastikan Malaysia terus kekal berdaya saing berikutan untuk merealisasikan prospek pertumbuhan MAHB memerlukan pelaburan berskala besar serta kepakaran teknikal yang tinggi.

“Antara bidang utama yang akan diberikan tumpuan termasuk menyiapkan projek bermodal berkeutamaan tinggi; mempercepatkan pelaburan modal; dan membangunkan perniagaan sampingan di sekitar lapangan terbang,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dikeluarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

MOF berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mengenai lima orang ahli lembaga pengarah bebas bukan eksekutif yang tidak bersetuju dengan penjualan saham MAHB dan mengesyorkan untuk menolak tawaran pembelian saham berkenaan.

Konsortium GDA yang terlibat dalam penstrukturan semula MAHB itu turut dianggotai oleh Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).

Kementerian itu berkata secara prinsipnya, tawaran pengambilalihan dan penstrukturan semula MAHB merupakan transaksi komersial yang diterajui oleh UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selaku pemegang saham 70% majoriti di dalam Konsortium GDA. 

Mengulas tentang isu ahli lembaga pengarah MAHB, MOF berkata saranan yang dibuat oleh lima pengarah bebas MAHB adalah harga tawaran Konsortium GDA tidak mencerminkan nilai sebenar MAHB bersandarkan justifikasi bahawa MAHB memiliki prospek pertumbuhan yang baik.

“Bagaimanapun, hujah berkenaan telah disangkal oleh Konsortium GDA yang beranggapan bahawa prospek yang dibangkitkan oleh pengarah bebas MAHB adalah terlalu optimistik dan tidak akan dapat direalisasikan dalam keadaan sedia ada mengambil kira cabaran berlarutan yang dihadapi,” katanya. – 18 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related