Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi Mara disambung dua tahun

Pengerusi Mara itu menerima watikah lantikan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pagi ini

3:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Asyraf Wajdi dalam hantaran di laman Facebook hari ini memaklumkan, beliau menerima watikah lantikan itu daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pagi ini.

Beliau berkata Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa MARA merupakan institusi penting bagi orang Melayu dan bumiputera yang perlu diperkasakan untuk terus memartabatkan agenda pendidikan serta ekonomi golongan itu.

“Insya-Allah, tanggungjawab yang digalas ini akan saya laksanakan sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran (tasyrif) tetapi beban tanggungjawab besar (taklif) yang akan dipersoalkan Allah SWT di akhirat kelak.

“Mohon rakan-rakan doakan saya agar dipermudahkan untuk melaksanakan amanah bangsa dan agama ini,” katanya.

Asyraf Wajdi, yang juga Setiausaha Agung UMNO dilantik sebagai Pengerusi MARA pada Mac 2023 bagi menggantikan Datuk Azizah Mohd Dun. – 17 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related