Chow sedia bimbing penggantinya dalam isu legasi, namun hanya jika diminta

Ketua Menteri Pulau Pinang bersedia memberikan nasihat mengenai isu yang tidak selesai tetapi tidak akan campur tangan dalam peralihan kepimpinan

2:14 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Ketika Pulau Pinang sedang melaksanakan projek-projek legasi dan projek negeri yang sedang berjalan, Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow sudah merenungkan peranannya di luar pejabat, dengan baki tiga tahun lagi pemerintahannya.

Tatkala beliau tidak mempunyai rancangan untuk campur tangan, namun Chow memberikan isyarat akan kesediaan untuk membimbing penggantinya – hanya jika nasihatnya diperlukan.

Penggantinya akan mewarisi isu legasi ketika dalam peralihan dan bergelut dengan perkara yang tidak dapat diselesaikan dan mungkin akan mempengaruhi kepimpinan negeri pada masa hadapan.

Antara senarai teratas untuk menggantikannya ialah Pengerusi DAP Pulau Pinang yang juga Menteri Sumber Manusia, Steven Lim, yang dilihat sebagai pengganti pilihan Chow.

Tidak seperti Chow yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir selama satu dekad di bawah bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Sim tidak mempunyai pengalaman dalam tadbir urus negeri.

“Tidak sepatutnya menjadi halangan kepada beliau (penggantinya) untuk bertanya (mendapatkan nasihat) kerana beliau bukan sebahagian daripada proses pembuat keputusan dan mungkin mahukan penjelasan.

“…dan saya rasa itu adalah permintaan yang wajar jika terdapat keperluan untuk saya atau sesiapa yang kekal sebagai ahli exco untuk menjelaskan kepadanya mengapa kami membuat dasar dan keputusan ini,” kata Chow dalam temubual eksklusif dengan Scoop di Komtar, baru-baru ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kanan) ketika ditemubual oleh Ketua Pengarang Scoop, Terence Fernandez (kiri) dan wartawan Scoop, R. Dineskumar di Komtar, baru-baru ini. – Gambar Scoop, 17 Februari, 2025

Chow ditanya mengenai potensi peranannya selepas berundur sebagai Ketua Menteri dan sama ada beliau mempertimbangkan untuk membantu Sim, yang dijangka menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ke-6.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil jawatan sebagai penasihat atau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Eksekutif kanan, Chow berkata: “(hanya) jika diperlukan (dan) diminta, mungkin.

“Dalam keadaan di mana terdapat isu-isu legasi yang dirasakan oleh Ketua Menteri yang baru mahu (mendapatkan) pendapat atau beberapa penjelasan, saya pasti, saya akan mampu (mengambil peranan penasihat).

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota, Chow terikat dengan peruntukan dalam perlembagaan Pulau Pinang yang menghalang mana-mana Adun yang telah berkhidmat dua penggal sebagai Ketua Menteri daripada memegang jawatan itu untuk penggal ketiga. 

Had tempoh ini diperkenalkan melalui pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh Chow sendiri dan diluluskan pada akhir 2018.

Ia adalah salah satu daripada beberapa reformasi institusi yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan negeri selaras dengan manifesto pilihan raya umum 2018.

Seorang pemimpin mesti ‘serba boleh’ untuk berkhidmat kepada semua

Sim, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam mengambil alih jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang selepas Chow memutuskan untuk tidak bertanding setelah 25 tahun menjawat jawatan itu dari 1999.

Apabila diminta menilai kepimpinan Sim, Chow berkata beliau memiliki kualiti kepimpinan yang berbeza dan telah terlibat dalam kerja-kerja asas seperti bertemu dengan bahagian parti, mengadakan sesi dialog dengan NGO dan mengawasi perkara-perkara organisasi dalam bahagian tersebut.

Bagaimanapun, beliau menekankan usaha-usaha ini tidak dilakukan dengan ‘kekerapan mencukupi’ dan mengaitkan keadaan itu dengan tanggungjawab Sim sebagai Menteri, menjadikannya sukar untuk meluangkan lebih banyak masa untuk kerja-kerja akar umbi.

“Namun adalah perlu untuk terus berhubung dengan akar umbi,’’ katanya.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dilantik sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang dan namanya disebut-sebut sebagai pengganti Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. – Gambar fail Scoop, 16 Februari, 2025

Apabila ditanya sama ada Sim dinaikkan ke jawatan senior dalam DAP Pulau Pinang kerana popularitinya dalam kalangan komuniti Melayu, Chow menekankan bahawa seorang ahli politik mesti menjadi ‘serba boleh’ yang ‘kuat’ dengan semua segmen masyarakat berbilang kaum di Pulau Pinang. 

“Bercakap mengenai diri saya sendiri, saya diiktiraf sebagai serba boleh kerana kaum India dan Mamak (India Muslim) boleh menyokong saya. Tambahan pula, saya tiada masalah dengan orang Melayu.

“Anda perlu mendapat sokongan daripada semua (segmen masyarakat). Anda perlu memfokus di  kawasan yang anda tidak begitu kuat,” tekan Chow.

Ditanya sama ada beliau tidak diberikan layanan yang sama sebelumnya, Chow mengetepikan soalan itu dan berkata:

“Itu tidak penting.’’

Bagaimanapun beliau menekankan penggantinya perlu diberi kebebasan untuk mentadbir mengikut pandangan mereka sendiri, mengakui bahawa setiap pemimpin mempunyai visi sendiri untuk negeri tersebut.

“Pengganti saya juga harus diberi kebebasan untuk bekerja pada isu-isu tadbir urus dan memperbaiki sistem penyampaian (negeri),” tambahnya. – 17 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related