Kabinet setuju Sosma diteliti dan disemak semula: Fahmi

Penelitian dan penambahbaikan akta itu akan dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen dalam masa terdekat

7:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) diteliti dan disemak semula bagi menambah baik akta berkenaan.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, penelitian dan penambahbaikan akta itu akan dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen dalam masa terdekat.

“Semalam, Perdana Menteri menyatakan mengenai Akta Perhimpunan Aman akan dipinda dengan beberapa perkara dipermudahkan, dan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Sosma juga akan diteliti dan disemak.

“Insya Allah, Menteri Dalam Negeri akan tampil ke Parlimen untuk memberi kenyataan mengenai perkara ini tetapi secara prinsipnya, beberapa perkara sudah dibincangkan dan dipersetujui untuk ditambah baik atau menyemak semula Sosma,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi hari ini.

Semalam, Saifuddin dilaporkan berkata, KDN akan menyediakan memorandum Jemaah Menteri bagi mempercepatkan pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Menurut Saifuddin, pihaknya juga akan melaksanakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan supaya pindaan itu dapat dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Mengulas lanjut, Fahmi memberitahu, kerajaan turut meneliti pindaan bagi menambah baik Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk memudahkan beberapa perkara bagi badan atau kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

“Ini sudah pasti antara lain (berhubung) apa yang berlaku baru-baru ini. Kerajaan memang dari semasa ke semasa meneliti undang-undang yang mana sekiranya perlu ataupun boleh ditambah baik, maka usaha ini akan diteruskan,” katanya. – 14 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related