Tambah insentif harga padi, turunkan harga kawalan benih untuk imbang harga lantai RM1,500: PeSAWAH

Pohon insentif harga padi sebanyak RM300 buat pesawah dan turunkan harga kawalan benih padi sah daripada RM58 kepada RM35

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) memohon supaya insentif harga padi sebanyak RM300 diberikan kepada pesawah, sebagai tambahan kepada harga lantai padi RM1,500 yang diumumkan hari ini.

Pengerusinya, Abdul Rashid Yob berkata, pihaknya juga mahu penurunan harga kawalan benih padi sah daripada RM58 ketika ini kepada RM35.

“Itu harga asal benih padi sebelum ini memandangkan harga belian padi telah mengalami penurunan berbanding ketika harga benih dinaikkan pada Mac 2024 lalu.

“Alasan harga benih dinaikan pada waktu tersebut adalah kerana harga belian semasa padi (bukan harga lantai) yang ditawarkan kilang adalah RM1,700,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih tidak berpuashati dengan kenaikan harga lantai belian padi daripada RM1,300 bagi setiap tan metrik kepada RM1,500 diumum kerajaan.

Katanya, pengumuman itu tidak memenuhi aspirasi dan harapan pihaknya, iaitu penetapan harga lantai padi pada kadar RM1,800.

“Kami ingin menegaskan bahawa tuntutan kami agar harga lantai padi dinaikkan kepada
RM1,800 adalah tuntutan yang munasabah dan berasas.

“Ia mengambil kira peningkatan kos sara hidup serta kos diesel dan benih yang meningkat, serta pelbagai cabaran lain yang dihadapi oleh pesawah dalam usaha memastikan kelangsungan pengeluaran padi negara.

“Sehubungan itu, kami menyeru Menteri Pertanian untuk meneliti semula tuntutan kami dan mengambil langkah-langkah yang lebih konkrit bagi membantu pesawah,” katanya.

Beliau berharap, pihak kerajaan dapat mendengar dan memahami rintihan pesawah yang menjadi tulang belakang pengeluaran makanan negara.

“Jika kami tidak diberikan sokongan yang sewajarnya, bagaimana mungkin kami dapat terus menghasilkan padi untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia?, soalnya.

Tambah beliau, pemimpin dan rakyat Malaysia perlu faham, subsidi yang bernilai berbilion ringgit itu hanya 20% sahaja yang masuk ke poket petani iaitu dalam bentuk insentif harga padi.

“Subsidi – subsidi lain yang disebut Menteri dalam sesi parlimen dapat kepada pihak vendor yang membekalkan benih, input pertanian dan servis jentera.

“Pokok kepada isu subsidi ini sebenarnya adalah harga beras yang sudah 17 tahun tak dinilai semula, kerana itulah subsidi bertambah setiap tahun untuk menyerap harga kawalan beras tersebut.

“Subsidi padi bukan ehsan kerajaan tapi kewajipan kerajaan kerana kerajaan mengawal harga beras,” katanya.

Terdahulu kerajaan bersetuju untuk menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1,300 bagi setiap tan metrik kepada RM1,500 berkuat kuasa 16 Februari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian seperti baja, racun dan sebagainya.

Mohamad berkata, kerajaan juga akan mengekalkan beras putih tempatan (BPT) pada harga RM2.60 sekilogram.

“Ia dengan menyerap sebahagian kos pengeluaran sekitar RM150 juta untuk tempoh enam bulan. Enam bulan kedua nanti akan ada pengumuman lain.

“Sejumlah RM150 juta untuk tempoh enam bulan ini bagi memastikan keberadaan bekalan BPT sekitar 24 juta kampit, 10 kilogram di pasaran,” katanya. – 13 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related