Skandal hartanah Mara: Taikun Melbourne terkait sogokan RM9.5 juta lepas hukuman penjara

Mahkamah memutuskan keadaan kes yang unik dan situasi Boon “Dennis” Teen, melayakkannya menerima hukuman tidak berkaitan penjara

9:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan dari Melbourne terlepas dari hukuman penjara selepas didakwa membantu mengatur pembayaran yang tidak sah sebanyak AUD$3.4 juta (RM9.5juta) kepada perantara Malaysia semasa penjualan hartanah kepada kerajaan Malaysia.

Pada Selasa, Hakim Mahkamah Majistret Melbourne, Michael O’Connell memutuskan bahawa keadaan kes yang unik dan situasi Boon “Dennis” Teen, 72, melayakkannya menerima hukuman tidak berkaitan penjara, lapor News.com.au.

Pemimpin komuniti yang berasal dari Malaysia itu menerima hukuman penjara 21 bulan yang ditangguhkan setelah mengaku bersalah atas kesalahan perakaunan palsu.

Mahkamah mendengar bahawa Teen dan rakan-rakannya telah memperoleh tanah di Caulfield, Melbourne, untuk membangunkan penginapan pelajar.

Bagaimanapun projek tersebut berdepan dengan kesukaran kewangan dan selepas berbulan-bulan cubaan pembiayaan semula, dia mula mencari seseorang untuk membeli projek tersebut.

Pada 12 Oktober 2012, Mara bersetuju untuk membeli harta tersebut dengan harga
AUD$17.85 juta.

Pada Februari 2013, perantara yang bertindak bagi pihak Mara mencadangkan “perjanjian dalaman” untuk memperolehnya dengan harga AUD$22.6 juta (RM61.7 juta) dengan pembayaran sebanyak AUD$4.75 juta (RM13.32 juta) kepada mereka.

Selepas penjualan selesai pada Mac 2013, Teen telah membantu membuat invois palsu dengan menjadikan pembayaran itu sebagai perbelanjaan perniagaan.

Hakim O’Connell berkata AUD$3.4 juta wang yang dibayar, atau tiga daripada empat invois, tidak mempunyai asas yang sah dan merupakan ‘sogokan’ untuk memastikan perjanjian itu diteruskan.

“Anda atau syarikat anda tidak menerima apa-apa manfaat dari jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

“Ini bukan jenayah tanpa mangsa, rakyat Malaysia kehilangan AUD$3.4 juta.”

Hakim memberitahu bahawa Teen berdepan dengan masalah aliran tunai dan kelewatan pembinaan.

“Pendekatan anda sepenuhnya sah,” katanya.

“Perjanjian dalaman itu diajukan kepada anda apabila anda berada dalam kedudukan yang lemah setelah bertahun-tahun.

Mahkamah juga dimaklumkan 10 rujukan peribadi menggambarkan Teen sebagai pemimpin komuniti yang bekerja keras dan murah hati.

Hakim O’Connell berkata dia telah diyakinkan bahawa ‘keadaan unik kes itu’ bersama dengan 12 tahun untuk kesalahan itu dan kesihatan Teen yang tidak menentu sebagai faktor untuk meringankan hukuman.

Teen dibebaskan, dengan amaran hakim bahawa sebarang kesalahan selanjutnya dalam tempoh 21 bulan boleh mengaktifkan hukuman tertangguh itu.

“Ya, tuan,” jawab Teen

Kes ini adalah sebahagian daripada skandal yang lebih luas yang melibatkan pemerolehan Mara Inc di Australia dan UK, yang disemak oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pada 26 November tahun lalu, PAC mendapati MARA Inc telah melakukan pembelian hartanah yang terlebih nilai di London, United Kingdom dan di Melbourne, Australia.

Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014, yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanapun, katanya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah merayu dan perkara itu dibawa kepada Majlis Ekonomi yang kemudiannya memberikan kelulusan pada 2013.

Beliau menjelaskan kes pembelian hartanah terlebih nilai di Melbourne, Australia telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kini masih dalam mahkamah.

PAC telah mengesyorkan agar Mara Inc mendapatkan kelulusan kementerian Kewangan terlebih dahulu untuk semua pelaburan masa hadapan untuk mengelakkan kontroversi serupa. – 11 Februari 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Authorities wrong: Activist debunks claims of stray animals in UM cat mutilations

Evidence from a private vet points to deliberate human actions, challenging official accounts and sparking demands for justice

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related