Razman dakwa disaman Hannah Yeoh kerana dakyah kristianisasi, bukan isu ‘binti’

Razman telah menerima Surat Tuntutan (LOD) daripada Hannah pada 4 Februari lalu dan sudah mengadakan perbincangan dengan peguamnya

12:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang menjadi kontroversi baru-baru ini mendakwa beliau disaman oleh Hannah Yeoh kerana mengaitkan Menteri Belia dan Sukan itu dengan isu dakyah kristianisasi.

Menurut Razman, ia bukan disebabkan isu ‘anak YTL’ kerana mengaitkan pemimpin DAP itu dengan keluarga Pengasas Kumpulan YTL, mendiang Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut melalui perkara berkenaan.

“Menteri Belia, YB Hannah Yeoh bukan saman Pakteh (merujuk kepada dirinya) sebab isu tersalah binti, tapi sebab kaitkan dia dengan dakyah kristianisasi, agak-agak hangpa, pasaipa (mengapa),’’ tulisnya di Facebook hari ini.

Pada bulan lepas, Pesuruhjaya PAS Perak itu mencetus kontroversi apabila mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebagai anak kepada Pengasas Kumpulan YTL, mendiang Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay.

Razman kemudiannya memohon maaf kepada kedua-dua pihak atas kesilapan yang dilakukannya dan mengakui terkhilaf apabila mengaitkan Hannah dengan konglomerat YTL menerusi video berdurasi 19 saat pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Parit pada bulan lalu.

Bagaimanapun Hannah memaklumkan beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan menyifatkan fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama.

Sementara Razman, pada 4 Februari lalu memaklumkan telah menerima Surat Tuntutan (LOD) daripada Hannah dan sudah mengadakan perbincangan dengan peguamnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

“Beliau mengemukakan tuntutan LOD terhadap saya berkaitan beberapa perkara yang mengaitkan beliau termasuk isu dakyah Kristianisasi,’’ katanya. – 11 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related