Pilihan raya mengejut hanya permainan politik, rakyat tak mudah ‘dikelentong’, Ramanan bidas Azmin

Timbalan Ketua Penerangan PKR berkata, sikap dipamerkan pihak berkenaan seolah-olah mahu 'mencuci tangan' daripada tanggungjawab menjaga rakyat

4:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan berhubung pilihan raya mengejut hujung tahun ini disifatkan hanya satu permainan politik oleh pembangkang yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, sikap dipamerkan pihak berkenaan seolah-olah mahu ‘mencuci tangan’ daripada tanggungjawab menjaga rakyat.

“Ini adalah satu permainan politik yang tidak bagus. Kalau kita nak buat persiapan untuk pilihan raya sekalipun, tunggu sehingga Perdana Menteri bubar Parlimen dan umumkan dulu.

“Buat masa ni fokus kepada rakyat. Ini nak cuci tangan daripada tugas jaga rakyat, cakap nak buat persiapan untuk pilihan raya. Tak boleh ‘kelentong’ macam ni, rakyat tidak mudah dikelentong (ditipu),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat: Penyerahan Sumbangan Kembali Ke Sekolah Peringkat Sungai Buloh di Kota Damansara, hari ini.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut menegaskan bahawa keputusan berhubung pilihan raya adalah hak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas mengenai persiapan Bersatu untuk menghadapi kemungkinan berlaku pilihan raya umum (PRU) mengejut atau snap election hujung tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu ditegaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta semua jentera parti digerakkan sekarang.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azlen Ambros berkata, kenyataan Mohamed Azmin itu dilihat sebagai satu provokasi menggagalkan segala usaha baik yang sedang dilakukan kerajaan ketika ini.

“Ia lebih kepada provokasi dan cuba untuk kita berikan respon, walhal hari ini kepimpinan kerajaan yang ada tak pernah sembang pasal pilihan raya.

“Malah Umno ketika ini memberikan fokus untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

“Lagi pun, macam tak sesuai untuk bercakap pasal pilihan raya. Banyak lagi usaha kerajaan tengah buat sekarang untuk rakyat,” katanya. – 10 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Authorities wrong: Activist debunks claims of stray animals in UM cat mutilations

Evidence from a private vet points to deliberate human actions, challenging official accounts and sparking demands for justice

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related