Pemberi maklumat buat pendedahan umum, ganggu, nafi hak siasatan lebih adil: PM

Perdana Menteri berkata ia seolah kita ‘menghukum’ individu itu sebelum kes disiasat atau sebelum diberikan peluang untuk memberi penjelasan

7:37 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan segelintir pemberi maklumat membuat pendedahan umum salah laku sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa boleh menyebabkan individu yang terlibat dihukum secara tidak adil.

Beliau berkata tindakan berkenaan juga menafikan hak untuk siasatan yang adil serta peluang untuk membela diri sekali gus boleh mengganggu siasatan yang dijalankan.

“Pada masa ini, undang-undang (membenarkan) perkara ini kerana setiap individu boleh mendakwa bahawa mereka mendedahkan kebenaran.

“Namun begitu, anda telah ‘menghukum’ individu itu sebelum kes itu disiasat atau sebelum mereka diberikan peluang untuk memberi penjelasan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan merancang untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada individu yang membuat pendedahan umum sebelum membuat laporan kepada agensi penguat kuasa.

Anwar, bagaimanapun berkata kerajaan sedang meneliti perkara terbabit, dengan menyatakan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mempunyai draf cadangan penambahbaikan berkenaan. – 6 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related