Diskaun tol 50% akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini

Menteri Kerja Raya berkata, langkah itu akan menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan

7:24 PM MYT

 

SEKINCHAN – Diskaun tol 50% akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini sebagai mekanisme menggantikan tol percuma yang diberikan kerajaan sebelum ini. 

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata langkah itu akan menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk membayar kepada syarikat konsensi lebuh raya.

“Dalam setahun, lapan hari diberikan tol percuma dan sekarang jumlah hari sama akan diberikan diskaun 50%.

“Kalau 100% (percuma), kita menggunakan RM160 juta, bahagia dua (50%) bayaran kepada konsesi sebanyak RM80 juta,” katanya kepada pemberita pada lawatan kerja di Jalan Persekutuan FT05 Sungai Besar-Sabak Bernam di sini hari ini. 

Beliau berkata pengurangan tol 50% dipersetuju dalam Mesyuarat Kabinet sebelum ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.

“Pada Tahun Baharu Cina diberikan diskaun 50% dengan keputusan itu dibuat memandangkan rakyat masih memerlukannya (semasa musim perayaan). 

“Jadi, Kabinet telah memutuskan supaya ini diteruskan sepanjang tahun pada musim perayaan dengan selepas ini Aidilfitri dan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata kos bagi diskaun tol terbabit dibiayai kerajaan dengan menggunakan duit rakyat dan bukannya dibiayai syarikat konsesi.

Sebelum ini, Nanta dilaporkan berkata kerajaan sedang mengkaji pendekatan yang lebih bersasar membantu rakyat bagi menggantikan kaedah pemberian tol percuma bersempena dengan musim perayaan. – 4 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related