Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini: Nik Nazmi

Ia termasuk kesalahan hutan iaitu denda maksimum bermula RM20,000 hingga RM5 juta dan hukuman penjara maksimum tujuh hingga 20 tahun

1:16 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaan pindaan kepada Akta Perhutanan Negara 1984 itu bagi menambah baik dan memantapkan pengurusan hutan simpanan kekal (HSK) serta penguatkuasaan hutan. 

Beliau berkata Akta A1667 mengandungi 62 peruntukan melibatkan pindaan dan penambahbaikan yang meliputi proses pewartaan keluar dan penggantian HSK dengan memperkenalkan keperluan siasatan awam serta proses pelantikan pegawai perhutanan Persekutuan bagi memeriksa dan menyiasat orang yang disyaki melakukan kesalahan hutan.

“Pindaan itu turut merangkumi peningkatan kadar denda dan hukuman ke atas kesalahan hutan iaitu denda maksimum bermula RM20,000 hingga RM5 juta dan hukuman penjara maksimum tujuh hingga 20 tahun serta langkah mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata penguatkuasaan Akta A1667 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilaksanakan serentak dengan penguatkuasaan Kaedah-kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 (P.U.(A) 50/2025), yang mengandungi peruntukan bagi melaksanakan proses siasatan awam sebelum sesuatu kawasan HSK diwarta keluar.

Nik Nazmi berkata penguatkuasaan P.U.(A) 50/2025 menjadikan Wilayah Persekutuan (JPWP) sebagai negeri kedua yang mempunyai perundangan dan prosedur bagi menjalankan siasatan awam sebelum pewartaan keluar HSK selepas Selangor. 

“Kaedah-kaedah ini boleh dijadikan rujukan kepada negeri-negeri lain yang pada masa ini sedang menggubal perundangan subsidiari masing-masing bagi menguatkuasakan Akta A1667,” katanya.

Beliau berkata keluasan keseluruhan HSK di Wilayah Persekutuan pada masa ini ialah 152.97 hektar yang merangkumi 84.689 hektar HSK di Kuala Lumpur dan 68.281 hektar di Labuan.

Beliau berkata Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) sedang berusaha untuk menambah keluasan kawasan HSK di Wilayah Persekutuan dengan mewartakan kawasan Bukit Dinding, Ulu Kelang yang berkeluasan 20.05 hektar. 

“Melalui pewartaan ini, kawasan ini akan dapat dilindungi dan dikekalkan sebagai kawasan hijau selain boleh bertindak sebagai green lung bagi kawasan di sekitarnya,” katanya. – 1 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related