Bencana: PM umum peruntukan segera RM25 juta di Sabah, Sarawak

Perdana Menteri berkata bantuan kerajaan pusat kepada negeri yang dilanda bencana tidak mengikut musim

7:45 PM MYT

 

IPOH — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan segera RM25 juta untuk membaiki infrastruktur yang terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak ketika ini.

Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.

“Kalau banjir di Perak kita bagi satu keluarga RM1,000. Di Sabah, Sarawak pun saya ada minta NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) segera luluskan dalam kadar segera RM1,000 ringgit bagi setiap keluarga mangsa banjir, kebakaran (dan) tanah runtuh.

“Kemudian kita siapkan beberapa puluh juta, katanya perlu RM20 juta atau RM25 juta segera untuk perbaiki kerosakan-kerosakan besar, kita luluskan. Ini pandangan yang tidak ikut negeri, tidak ikut musim, tetapi ikut tanggungjawab, jadi kita lakukan,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat sebelum menunaikan solat Jumaat bersama jemaah Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan NADMA memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri, susulan banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantaran di Facebook itu, Anwar berkata keutamaan ketika ini ialah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan yang terkesan.

Menurut laman Facebook NADMA, 17,459 mangsa banjir melibatkan 11,734 orang di Sarawak dan 5,725 orang di Sabah ditempatkan di 92 PPS setakat 12 tengah hari tadi. – 31 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related