Polis Selangor akan menyamar pada konsert, kekang salahguna dadah : Hussein

Modus operandi itu bukan perkara baru cuma ia tidak dihebahkan kepada umum sebelum ini

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Selangor akan menempatkan anggota narkotik untuk menyamar pada penganjuran konsert besar bagi mengekang penjualan dan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, modus operandi itu bukan perkara baharu dilaksanakan, cuma ia tidak dihebahkan kepada umum sebelum ini.

Beliau berkata, ia juga susulan insiden kematian penonton pada konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang akhir bulan lalu.

“Kami merancang untuk memantau lebih berterusan dan bukan ketika konsert sahaja kerana penganjurannya hanya sekali sekala namun akan terus melakukan risikan bagi mengekang penjualan dan penyalahgunaan dadah.

“Sebelum ini memang ada anggota yang sudah ditempatkan (di konsert), cuma ia tidak dihebahkan tetapi konsert di Bandar Sunway menjadi perhatian masyarakat kerana melibatkan kematian penonton,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

Pada 31 Disember lalu, media melaporkan empat termasuk dua wanita berusia 20 hingga 40-an maut disyaki mengambil ekstasi selepas menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway.

Pada 18 Januari lalu, polis mengesahkan kandungan darah dalam tujuh mangsa termasuk empat yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway pada malam sambutan Tahun Baharu itu mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.

Terdahulu, Hussein memberitahu semua tujuh mangsa tidak hadir bersama-sama di konsert tersebut tetapi hadir secara berasingan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.

Malah, katanya, individu dipercayai menjual pil berkenaan pada harga RM50 sebiji, yang selalunya dijual dalam pakej dengan tiga pil berharga RM100.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Hussein memberitahu, polis juga sedang mengkaji untuk menentukan jumlah penonton yang sesuai dalam sebuah konsert mengikut lokasi.

“Langkah ini bagi mengelak venue konsert melebihi kapasiti yang telah ditetapkan.

“Cadangan itu adalah antara langkah yang bertujuan untuk mengenakan syarat lebih ketat untuk konsert masa depan di negeri ini.

“Kami akan bertemu dengan pihak berkuasa tempatan tidak lama lagi untuk memuktamadkan keperluan untuk konsert akan datang,” katanya.

Sementara itu, mengulas siasatan konsert PinkFish, Hussein berkata, dua daripada tiga suspek yang ditahan kerana menjual ekstasi telah didakwa pada 7 dan 9 Januari lalu.

“Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan 15(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek ketiga dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya. – 31 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related