Gaji minimum RM1,700 berkuatkuasa esok, beri manfaat 4.37 juta pekerja: Kesuma

Menurut Kesuma, perintah gaji minimum baharu RM1,700 sebulan yang berkuat kuasa esok bagi majikan dengan lima pekerja atau lebih

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelaksanaan gaji minimun RM1,700 sebulan yang akan berkuatkuasa mulai esok di seluruh negara akan memberikan manfaat kepada 4.37 juta pekerja.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam kenyataannya berkata, Perintah Gaji Minimum baharu ini adalah kepada majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan majikan tersebut.

“Manakala, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuatkuasa akan bermula pada 1 Ogos ini.

“Ia bagi memastikan majikan diberi tempoh yang mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2025 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025

Dalam pada itu, Kesuma turut mengingatkan gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan para pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran.

Kesuma juga menegaskan semua majikan diwajibkan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum ini dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

Kegagalan mematuhi Perintah Gaji Minimum ini, katanya, merupakan satu kesalahan dan boleh didenda sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Jelasnya, bagi memastikan peralihan dapat berjalan lancar, Kesuma telah menyediakan beberapa inisiatif sokongan kepada majikan dan pekerja termasuk sesi libat urus diadakan untuk majikan bagi memahami pelaksanaan gaji minimum.

“Sebanyak 16 sesi libat urus dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 1,109 penyertaan persatuan majikan, wakil industri, kesatuan sekerja dan wakil pekerja, agensi kerajaan dan pakar antarabangsa seperti International Labour Organisation (ILO).

“Saluran aduan dan pemantauan bagi pekerja yang menghadapi isu ketidakpatuhan menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

“Kerjasama dengan agensi berkaitan untuk memberi panduan dan bantuan kepada syarikat yang memerlukan penyesuaian dalam struktur gaji,’’ katanya.

Jelasnya, pelaksanaan Perintah Gaji Minimum ini merupakan salah satu pendekatan besar Kesuma dalam meningkatkan pendapatan kaum pekerja selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.

Dengan pelaksanaan yang berkesan, bukan sahaja pendekatan-pendekatan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. – 31 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related