Veteran Umno tegur Tun M ‘berhenti keluar kenyataan bodoh kerana dendam kepada Umno’

Bekas presiden Umno itu sebaliknya diminta untuk menggunakan baki usianya yang ada untuk bertaubat

5:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Veteran Umno menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berhentilah mengeluar kenyataan dan komen ‘bodoh’ kerana dendamnya terhadap parti keramat Melayu itu.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, bekas presiden Umno itu sebaliknya diminta untuk menggunakan baki usianya yang ada untuk bertaubat.

“Veteran Umno menganggap kenyataan Mahathir yang menyifatkan Umno sebagai lalat dan Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming) pula singa adalah satu kenyataan yang bertujuan sengaja nak menghina Umno.

“Mahathir tahu yang dimaksudkan oleh Kor Ming itu ialah kepada Akmal (Ketua Pemuda Umno). Kecualilah kalau bahasa Melayunya difahami secara terbalik seperti kereta api menjadi api kereta.

“Tapi kerana niat jahatnya dan busuk hatinya kepada Umno maka dia dengan sengaja memutar maksud Kor Ming itu dengan tujuan menghina Umno.

“Allah telah menganugerahkan dia umur yang panjang, gunakanlah sisa-sisa umurnya itu untuk bertaubat atas dosanya memecah-belahkan Melayu dengan memperbanyakkan kerja amal dan memberi masa yang lebih di surau dan masjid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Veteran tidak berhasrat untuk memanjangkan perkara ini sebagai menghormati ketuaan dan kenyanyukan Mahathir.

“Tapi demi untuk keadilan diatas tuduhannya kepada Umno maka Veteran terpanggil untuk memberi penjelasan.

“Semasa menjadi Perdana Menteri ke-tujuh, dia telah melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Bila orang bertanya kenapa lantik Guan Eng dia menjawab sebab Guan Eng mahukan jawatan itu.

“Maknanya dia pernah menjadi lalat dan Guan Eng singa. Sepatutnya dialah singa kerana dia Perdana Menteri masa itu,” katanya.

Terdahulu Mahathir mendakwa Umno sanggup terima dipanggil ‘lalat’ kerana takut kepada pemimpin DAP yang mengaku dirinya ‘singa’.

Ia susulan kenyataan Kor Ming yang menyatakan bahawa ‘singa tidak berdebat dengan lalat’.

Baru-baru ini Kor Ming dilapor berkata dia tidak berminat untuk melayan mahupun bergaduh dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh.

Menurut Naib Pengerusi DAP itu, dia tidak akan merendahkan martabatnya dengan melayan kerenah Akmal. – 28 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related