MCMC lancar Chatbot Sebenarnya.my, perangi berita palsu

Ia tersedia dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil

11:59 AM MYT

 

CYBERJAYA – Chatbot Sebenarnya.my, dilancarkan hari ini yang antara lain bertujuan memerangi maklumat palsu dan membolehkan pengguna menyemak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Chatbot Sebenarnya.my atau dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dibangunkan menerusi kerjasama rakan strategik dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata, AIFA juga berperanan meningkatkan fungsi portal Sebenarnya.my, dengan tiga objektif utama.

Menurut Fahmi, ia bagi membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan cepat dan mudah, mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian serta memperkukuh peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu di Malaysia.

“AIFA adalah alat penting untuk memperkasa rakyat dengan maklumat yang telah disahkan oleh pihak berwajib, dan mengurangkan impak buruk daripada maklumat palsu yang tersebar.

“Dengan kemudahan ini, pihak MCMC menawarkan kepada rakyat cara yang mudah, pantas, dan boleh dipercayai untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima atau temui secara dalam talian,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Chatbot Sebenarnya.my di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

AIFA direka secara mesra pengguna dan boleh diakses 24 jam menerusi portal https://sebenarnya.my/ dan platform WhatsApp, iaitu ia menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin untuk memadankan maklumat dengan sumber yang boleh dipercayai, seterusnya menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih secara pantas kepada pengguna.

Ia tersedia dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil untuk memastikan akses kepada pelbagai kumpulan pengguna.

Selain itu Fahmi berkata, ketika ini AIFA hanya menerima input dalam format teks dan ia akan diperluas untuk menerima input dalam format lain seperti video pada masa hadapan.

“Selepas ini saya minta pihak MCMC untuk mengembangluaskan penggunaan AIFA, pertamanya dalam kalangan rakan-rakan di Komuniti Madani di bawah Jabatan Penerangan dan keduanya menerusi lebih 1,000 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) yang mempunyai 1.3 juta ahli Nadi,” katanya.

Mengulas mengenai kandungan berita palsu, beliau berkata, bagi tahun ini setakat semalam, MCMC telah memohon penurunan 1,575 kandungan berita palsu dan daripada jumlah tersebut, 1,233 kandungan telah diturunkan oleh platform berkaitan, setelah disahkan palsu.

“Pada 2024 pula, MCMC memohon penurunan 19,546 kandungan berita palsu daripada pelbagai platform dalam talian dan daripada jumlah itu, 17,245 kandungan diturunkan setelah disahkan sebagai berita palsu oleh kesemua platform terlibat. – 28 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related