Pasangan suami isteri maut kemalangan ketika konvoi motosikal di Thailand

Rakan mangsa memberitahu urusan jenazah telah diselesaikan dan akan dibawa ke sempadan dengan segera

10:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi Kawasaki GTR1400 yang ditunggang terlibat dalam kemalangan di Chumphon, Thailand pada Isnin.

Mangsa, Mohd Sofi Ismail dan isteri, Zaimima Ismail, yang masing-masing berusia 43 tahun, merupakan peniaga roti canai di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Menurut laporan media, pasangan itu bersama bersama empat lagi rakan dalam perjalanan pulang dari Thailand ke Pulau Pinang ketika kejadian. Mereka sudah dua minggu berada di sana.

Rakan pasangan itu, Arashid berkata, dia mendapat berita mengenai kejadian tersebut menerusi seorang rakan yang turut sama mengikut konvoi tersebut.

“Semasa kejadian, motosikal ditunggang arwah terbabas sendiri kerana jalan licin akibat hujan,” katanya memetik Sinar Harian.

Beliau memberitahu, pasangan itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan mayat dihantar ke Hospital Chumpon.

Arashid turut memberitahu, urusan jenazah telah diselesaikan di hospital tersebut dan akan dibawa ke sempadan dengan segera.

“Esok lepas solat subuh saya uruskan jenazah sahabat kita di border (sempadan) siapa yang free pagi esok jumpa di border Malaysia.

“Jenazah akan dibawa pulang ke Merbau Pulas untuk diuruskan, dikafan dan dikebumikan,’’ katanya. – 27 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

DAP not elitist: Zairil defends working-class commitment despite being in federal govt

Penang DAP vice-chairman says the party remains dedicated to social justice, pro-worker policies

Related